"Allah menjarakkan kita supaya kita kita dapat menimba pelajaran lain bersama orang lain. Allah menghantarkan pada saya orang lain untuk belajar sama, menghantarkan awak orang lain untuk belajar juga. Ah, pelajaran Allah tidak pernah ada noktah! Dan manusia yang mahu berfikir, tidak pernah juga mahu berhenti mengejar pelajaran ini."
(sumber: blogger)
Tentang KITA & JARAK
Malaysia Berkabung #MH17
Hari ini dalam sejarah.
Syukur alhamdulillah. Kembalinya 20 jenazah dalam pesawat MH6129 yang selamat mendarat jam 9.54pagi tadi. Seluruh rakyat Malaysia berkabung dan sama-sama merasai kedukaan serta kesedihan keluarga krew dan penumpang pesawat MH17. Tafakkur seminit pada 10.54pagi usai pintu jenazah terakhir ditutup. Rakyat pelbagai kaum di Malaysia memberikan penghormatan terakhir. Secara peribadinya saya merasa terkesan dengan kejadian yang menimpa MH17 dan MH370. Kejadian yang berlaku memberi peringatan kepada kita semua tentang hidup dan mati manusia. Beberapa persoalan di minda:
~Sudah solat kah kita hari ini?
~Sudahkan kita bertaubat hari ini?
~Apakah doa-doa kita hari ini?
~Di manakah tahap kemajuan ibadah kita kepada Allah?
~Sejauh manakah kita mensyukuri nikmat-nikmat kehidupan yang telah Allah berikan?
~Di mana kah kita menghabiskan usia kehidupan kita?
~Sebanyak mana kita menghargai kasih sayang suami/isteri/anak, ibubapa dan keluarga kita?
~Ilmu yang diterima ke mana kah arah tujunya?
~Sudahkan kita berzakat, sedekah dan membantu golongan yang memerlukan bantuan?
Fikir-fikirkanlah... Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Pertarungan Iman Dan Nafsu
Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain? Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri. Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan? Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan? Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka membutuhkannya? Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan? Tidak kiralah siapa mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.
Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu iaitu, memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan al-Haqq ‘Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Sabda Rasulullah S.A.W :“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya.“Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua di antara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita. Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.
Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.Pertarungan antara Iman dan nafsu!Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan Iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih. Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan Akhirat. Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah S.W.T, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.
Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..
Hadis Rasulullah S.A.W:“Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman.” (Riwayat Bukhari). Selagi Iman bertapak kukuh di hati, selagi Iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.
Sumber - Artikel iluvislam.com
Harapan Hanya Kepada Allah
Sesungguhnya harapan perlu diletakkan paling utama kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua akan terlaksana segala impian dan cita-cita Jangan sekali-kali berharap kepada manusia kerana manusia cuma mampu mendengar dan membantu. Tetapi Allah juga yang akan menentukan segala-galanya.
Jangan kecewa andai apa yang diharapkan tidak menjadi kerana pasti ada hikmah dan kebaikan di sebalik kejadian. Teruskan berdoa dan berharap kepada Allah. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat kita hendaknya...insyaAllah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yakin dan tawakkal selalu.
~Nukilan Jiwa; ikhlas dari ♥