| 
 
 
 
 
 
| 
 |  
                | 
 (sumber: http://www.comfortor.de/malay/footproblem.html)
 
 
(Dua punca utama kepada masalah sakit tumit adalah Planter Fasciitis  dan Achilles Tendonitis).      
                     |  
                |  |  
                | sakit tumit |  
                |  |  
                | 
                  
                    |  | The  most common cause for heel pain is plantar fasciitis (plan –TAR   fash – ee – I  – tis). The  pain is typically on the bottom, inside area of the heel and may extend into  the arch. |  
                    |  |  |  
                    |  | 
                      Masalah ini merupakan punca kepada sakit yang 
terlalu kuat  pada bahagian bawah tumit kaki ketika meletakkan langkah 
pertama setelah bangun  dari tidur pada waktu pagi. Kesakitan yang amat 
kuat menyebabkan seseorang itu  terpaksa berjalan terhingut-hingut atau 
berpegang pada dinding agar tidak  terjatuh sewaktu menuju ke bilik air.
 Walau bagaimanapun, sakit ini akan hilang  dengan sendirinya dalam masa
 beberapa ketika sahaja.
 |  |  
                | 
 |  
                |  |  
                | Achilles Tendonitis |  
                |  |  
                | 
                  
                    |  | Masalah ini 
seringkali menyebabkan kesakitan pada bahagian  atas tumit kaki iaitu 
kira-kira 2 inci di atas tulang tumit yang juga dikenali  sebagai saraf 
tumit. Kesakitan juga boleh dialami di bahagian belakang tulang  tumit 
kaki. |  
                    |  |  |  
                    |  | 
Achilles 
tendonitis lazimnya dialami di bahagian tapak kaki atau  bahagian buku 
lali. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya  sewaktu 
memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan  
pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang. Pesakit
 akan  mengalami bengkak dan kesakitan yang agak kuat ketika memulakan 
pergerakan |  |  
                | 
 |  
                |  |  
                | sakit buku lali |  
                |  |  
                | 
                  
                    |  | Kesalahan pengurusan 
kaki, masalah terpelecok buku lali dan sebagainya  boleh menyebabkan 
masalah buku lali seperti penyakit sendi tulang dan  Tendonitis |  
                    |  |  |  
                    |  | 
terpelecok sendi buku lali
                            Masalah terpelecok buku lali sering dialami 
pada tisu yang terdapat  dalam sendi buku lali. Lazimnya, tisu di 
bahagian luar buku lali adalah  bahagian yang kerap diserang masalah 
terpelecok ini. Buku lali yang terpelecok berulang  kali adalah 
disebabkan masalah tersalah urat atau kelalaian tisu pada buku lali.  
Masalah terpelecok buku lali yang berulang kali akan mengakibatkan 
kehausan  pada bahagian rawan, ketidakstabilan buku lali dan juga 
ketegangan urat kaki
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
sengal buku lali
                        Osteoarthritis adalah masalah di mana berlaku 
kerosakan pada bahagian  rawan di antara penyambungan sendi kaki. 
Apabila berlaku halangan pada titik  penyambungan sendi, ia akan memberi
 kepada pergerakan tulang di bahagian bawah  kaki dan sekaligus 
mengundang kesakitan serta menghalang pergerakan urat kaki.  Rekahan 
tulang dapat dilihat dengan ketara di sekeliling titik penyambungan  
sendi. Radang dan bengkak tidak dipercayai memainkan peranan penting 
dalam  osteoarthritis. Sengal sendi buku lali lazimnya akan dialami 
akibat pengurusan  kaki yang tidak normal atau berikutan daripada 
masalah kaki lain yang dialami  sebelum ini
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
Posterior       tibial tendonitis
                      Penyakit ini biasanya dialami di bahagian dalam 
buku lali. Apabila  terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di 
bahagian posterior tibial  tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami 
keletihan. Akibatnya, akan  berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan 
kekejangan otot. Biasanya, pesakit  akan mengalami kekejangan 
terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada  waktu pagi atau 
ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh  masa 
yang panjang
 |  |  
                | 
 |  
                |  |  
                | Sakit pergelangan kaki |  
                |  |  
                | 
                  
                    |  | 
Arthritis,
 kekejangan urat saraf, tendonitis dan masalah lenguh sendi  adalah 
masalah yang kerap dialami di bahagian pergelangan kaki |  
                    |  |  |  
                    |  | 
Sengal pergelangan kaki
                      Osteoarthritis adalah masalah yang berlaku akibat 
kerosakan pada  bahagian otot kaki iaitu bahagian rawan yang terdapat di
 celahan persambungan  sendi. Umumnya, kesakitan yang dialami adalah 
secara ringan dan remeh sahaja tetapi  akan menjadi parah ketika 
berjalan. Keadaan luka atau trauma terdahulu boleh  mendorong kepada 
masalah sengal pergelangan kaki. Namun, tindakan luar kawal  adalah 
salah satu punca utama kepada masalah ini
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
ketegangan urat saraf
                      kesakitan, kekejangan dan rasa kebas pada bahagian
 atas kaki adalah  kesan akibat kekejangan urat saraf. Kekejangan urat 
di sini bermaksud urat  tersebut mengalami gangguan atau halangan 
daripada struktur kaki atau tekanan  daripada kasut yang dipakai
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
sakit tumit
                      Sakit tumit merupakan akibat daripada keletihan 
bahagian belakang tumit  kaki yang dijangka akan membawa kepada 
keruntuhan dan kehausan pelantar kaki.  Umumnya, masalah ini dijangka 
mengakibatkan plantar fasciitis kelihatan berair  dan membengkak. 
Tendonitis (rujuk di bawah) juga boleh membawa kepada sakit tumit
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
Posterior  tibial tendonitis
                      Bahagian yang paling kerap diserang posterior 
tibial tendonitis adalah  bahagian dalam tumit kaki iaitu di bahagian 
pergelangan kaki. Kesakitannya  boleh berpusat pada suatu bahagian 
tertentu dan boleh merebak ke bahagian lain  menerusi tumit
 |  
                    |  | 
 |  
                    |  | 
                      Apabila terdapat beban atau tekanan yang 
terlalu berat di  bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan 
tendon mengalami  keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, 
radang/bengkak dan kekejangan  otot. Biasanya, pesakit akan mengalami 
kekejangan terutamanya sewaktu memulakan  langkah pertama pada waktu 
pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah  berehat untuk suatu 
tempoh masa yang panjang).
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
Peroneal  tendonitis
                      Kesakitan biasa yang lazimnya dialami di bahagian 
bahagian luar kaki  yang akan menyebabkan benjol dan membengkak. 
Kesakitannya akan berpusat pada  suatu bahagian tertentu dan akan 
merebak secara perlahan menerusi buku lali
 |  
                    |  |  |  
                    |  | 
kesakitannya
 pada mulanya kelihatan seperti remeh sahaja, akan tetapi  akan 
bertambah parah menerusi aktiviti lasak yang dijalankan oleh pesakitnya.
 peroneal  tendons terletak pada bahagian luar buku lali, iaitu 
diselitkan di luar  bahagian pergelangan kaki. Bahagian ini berperanan 
mengawal fungsi serta  kestabilan kaki ketika berjalan |  |  | 
No comments:
Post a Comment