Busy days..

Salam sahabat di mana jua anda berada, mendoakan semoga sentiasa sihat, dirahmati dan di bawah naungan Allah SWT selalu hendaknya. 
Beberapa hari yang sibuk dengan urusan kerja dan program konvoi anjuran kelab sukan pejabat (idea dari geng-geng motor) pada Sabtu ini, 30 Mac 2013. Pada awalnya saya cuma tempelan shj, tetapi apabila dilantik dan bertanggungjawab sebagai Pegawai Khas Pemantau perjalanan program, terus terkedu dibuatnya. Am i qualified?? Alhamdulillah, so far takde komplen dari kawan-kawan setelah menjadi kepohchi..hehe. Niatku hanya untuk membantu rakan-rakan yang rata2nya adik-adik disayangi; program sambil beramal *smile. Penyertaan dari staf adalah seramai 40 orang (14 motosikal dan 19 kereta ~ ramai tu...heheh). AJK konvoi yang dilantik telah melakukan tugas & bekerjasama dengan baik. Tinggal sehari sahaja lagi, banyak persiapan telah dibuat cuma hati ini berbaur [semangat berkobar2, risau, doa]. Semoga dipermudahkan segala urusan yang diatur dan Allah SWT senantiasa melindungi kami semua, in shaa Allah.
"Merenung ke luar jendela, melihat kebesaranNYA, walau penuh dengan cabaran, ku tahu ku ada MU Tuhan. kerna KAU yang satu, yang setia bersamaku, dikalaku jatuh ku bangkit kernaMU...Bantulah hamba MU mencari keredhaan MU.. ku tahu ku ada MU.. >> song Najwa Latif"

No comments:

Post a Comment