Konvoi to Tanjung Balau 30/03/2013

Alhamdulillah.. memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNYA kami semua telah selamat pergi & balik dalam program Konvoi dari Skudai ke Tanjung Balau pada 30.03.2013. Sokongan dan komitmen oleh AJK dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Sukan, Penaja (Syarikat2 luar) dan individu2 yang baik hati telah menyumbangkan kepada kami sama ada dlm berupa RM/hadiah. 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Deepest appreciation & congratulations to AJK Konvoi, usaha tangga kejayaan!! Ini adalah program terakhir dan terbesar yang saya melibatkan diri, semoga menjadi kenangan paling manis buat semua. Maaf atas kekurangan dan diharapkan agar program ukhwah sebegini dapat direalisasikan lagi di masa akan datang, in shaa Allah.


Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Daripada Abu Musa r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

No comments:

Post a Comment