Perpisahan..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Dan perpisahan ini agak mengharu birukan..
Perpisahan dengan rakan-rakan seperjuangan di pejabat hari ini (bakal bertukar ke pejabat lain 6 Mei 2013). Mula la sesi mengemas & mengangkut segala macam harta peribadi sendiri, selesaikan segala urusan kerja hari ini.
Pejabat yang ku anggap 'heart & soul' #sangat2 syahdu & sayu meninggalkannya (14 tahun takkan sama dgn 14 hari..aduhai..). Apa yang ku pasti, setiap perjalanan hidupku telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap apa yang berlaku ada kebaikan dan rahmat dariNYA. Aku pasrah, redha.
Kasih sayang & persahabatan (ketawa bersama, menangis bersama) akan disimpan kenangan ini sampai bila-bila. Panjang umur, jika ada jodoh, akan ku ceritakan dengan bakal suamiku dan anak2. Bahawa inilah kehidupan, kita akan bertemu dengan manusia yg sangat2 baik, menggembirakan dan jua ada yang bakal menyakitkan hatimu. Syukur Alhamdulillah atas pengalaman ini. Kalian semua akan tetap dalam ingatan sampai bila2. Persahabatan kita akan kekal dalam semangat perjuangan dan mujahadah kita sebagai hambaNYA. In shaa Allah.
SAYANG kamu semua!!

No comments:

Post a Comment