XPDC Jerangkang Waterfalls ~ Kisah 1

Alhamdulillah.. program yang direncanakan sebelum ini telah berjalan dengan lancar (walaupun beberapa halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh rakan-rakan). 
Seawal jam 6.30 petang pada 31 Mei 2013; seramai 9 orang pengembara dari Selatan telah bersiap sedia di KTMB Kulaijaya. Hampir jam 8.30malam kami diberitakan tentang keretapi tergelincir di kawasan Triang, Pahang menyebabkan keretapi dari arah timur tidak dapat meneruskan perjalanan dan dari arah selatan pula hanya 4 koc sahaja dibenarkan. Manakala sampai di Gemas, penumpang akan menaiki bas ke Mentakab.  Setelah mendapat persetujuan rakan-rakan, kami mengambil keputusan ke Stesen Bas Larkin, Johor Bahru. Terima kasih kak Ham (kaunter Transnasional) telah membantu kami semua mendapatkan tiket ke Kuantan.  Perjalanan dari Johor Bahru melalui Kota Tinggi, Mersing, Kuala Rompin, Pekan dan seterusnya kami tiba di bandar Kuantan kira-kira jam 5.30pagi. Selepas membersihkan diri dan solat subuh, masing-masing berehat di bawah khemah (bus stesen sementara di hadapan stadium Darul Makmur).  Hampir jam 10.45 pagi rakan-rakan dari Pahang tiba (3 kenderaan) mengambil kami dan bawa ke Masjid Kg. Gelugor.
Bermula lah ekspedisi kami dengan menaiki 2 buah kenderaan pacuan 4 roda (hilux) menuju ke tapak perkhemahan Air Terjun Jerangkang.  Perjalanan kira-kira 45 minit melalui kawasan pokok kelapa sawit, getah dan bawah lebuhraya Timur-Barat serta memasuki hutan simpan Jerangkang. Kegembiraan dan hilang segala penat setelah melihat air terjun dan tapak perkhemahan. Masing-masing sibuk memasang khemah dan menyediakan makanan minum petang (murtabak maggi) #alhamdulillah.  Selepas menikmati makanan masing-masing terjun ke dalam air. Sesi belajar berenang dan "water confident" walaupun ada aksi yang mendebarkan tetapi semuanya dijadikan pengajaran dalam kehidupan kami. "NO PAIN, NO GAIN". Berbekalkan life jacket yang sentiasa dipakai, alhamdulillah..semuanya selamat.  Kami dimaklumkan oleh Sarjan "Bee" Amiruddin bahawa ada sekumpulan pelajar dari Kuala Lumpur berdekatan dengan khemah kami. So..ada jiranla malam ni ya.. Setelah hampir waktu maghrib, masing-masing kembali ke tapak perkhemahan yang hanya 50 meter dari air terjun.  Selepas solat; kami menyediakan BBQ ayam beramai-ramai. Perkenalan singkat dan sesi beramah mesra antara satu sama lain lebih mengeratkan hubungan silaturahim kami.  Hening malam dengan suara unggas rimba dan alunan air terjun yang mengasyikkan menjadikan lena yang panjang.  Hampir jam 3.00 pagi saya tersedar dari tidur dan hati berdebar-debar dan memeriksa rakan-rakan lain yang lena tidur di luar. Lampu karbaid mati tiba-tiba kehabisan karbaid agaknya; lalu dibuka lampu biasa bagi menerangi kawasan. Kembali lena tidur dan dikejutkan oleh sesuatu hampir jam 6.00 pagi. Terus saya mengejut rakan-rakan lain menuju ke air terjun dan menunaikan ibadah; berdoa memohon dipermudahkan segala urusan kami hendaknya di sini... Ekspedisi seterusnya??? tunggu.....

[Lokasi berdekatan tapak perkhemahan: mandi, basuh pinggan, wudu', solat di atas batu & ehem..ehem..:-)]

No comments:

Post a Comment