Bantuan Tajaan Hamper ~ Islamic Relief Malaysia (IRM)

Salam 2 Ramadan,
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama kongsi kegembiraan dengan mereka-mereka yang memerlukan. Kepada kawan2 yang sudi untuk menyumbang; anda semua dialu-alukan.
Surah Al Baqarah; Ayat 254:
"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim."

INFO dari FB Islamic Relief Malaysia:

Tajaan Hamper Raya untuk golongan OKU dari pertubuhan PERMATA dan PKOKM

Di Ramadhan umat Islam berlumba-lumba membantu menghulurkan bantuan mereka-mereka yang memerlukan. Semua kita cuba agar tiada yang tertinggal dari mendapat bantuan. Oleh itu IRM pada tahun ini mengajak anda semua agar bersama-sama IRM dalam memberi kegembiraan kepada golongan OKU. IRM akan bersama-sama dalam program anjuran mereka dan bercadang menyumbang hamper raya.

Sebuah hamper bernilai RM50 sahaja. Jom gembirakan sahabat-sahabat kita ini. Jadikan hamper raya tajaan anda sebagai kenangan indah buat mereka

Maklumat lanjut di http://islamic-relief.org.my/tajaan-hamper-raya-untuk-golongan-oku-dari-pertubuhan-permata-dan-pkokm/

Untuk menyumbang, sila salurkan ke

Maybank: 5621 4270 8704
CIMB Bank : 1259 0000 804 058
Bank Islam Malaysia Berhad: 1202 9010 0656 43

Hantarkan bukti sumbangan anda ke donation@islamic-relief.org.my beserta nota ringkas untuk "Tajaan Hamper Raya"

No comments:

Post a Comment