Hubungan Muslim dengan Non-Muslim, Part 2

Firman Allah maksudnya:  "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Mumtahanah:8)
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Mumtahanah:9) Muslim dibenarkan bergaul dengan non-muslim dalam urusan harian dan bisnes, selagi mereka tidak menggangu urusan kerajaan dan pemerintahan.
Jika mereka terlibat dengan pemerintahan, maka berhati-hatilah berurusan dengan mereka seperti “menanam tebu dibibir mulut”.
Non-muslim yang terlibat dengan politik tidak termasuk dalam kategori kafir zimmi. Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-
(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,
(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan
(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam.
Dalam mazhab Syafie, non-Muslim tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan menjadi tentera. Dalam mazhab Hanafi, non-Muslim boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan boleh menjadi tentera selagi jawatan tertinggi dipegang oleh orang Islam.
Agama juga berkait rapat dengan politik iaitu kuasa pemerintahan. Islam melarang perlantikan non-Muslim sebagai pemimpin tertinggi dan apa-apa jawatan penting dalam sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui oleh musuh Islam.
[sumber:  nasbunnuraini.wordpress]

No comments:

Post a Comment