Bhg. 8: Bahaya SYIAH kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara

 5.         Bahaya kepada Negara


5.1.      Bahayanya kepada negara dapat dilihat daripada bagaiman,a perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah yang dicetuskan oleh mereka.

5.1.1   Gerakan Ibn Saba' yang mencetuskan huru hara di dalam pemerintahan Islam pada zaman Sayyidina Usman.

5.1.2   Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam Peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), Peperangan Siffin dan sebagainya.

5.2       Mereka merupakan golongan yang memainkan perana dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau membuka jalan kepada musuh-musuh Islam.

5.2.1   Nasiruddin al-Tusi (w 672H), Ibn Abil Hadid telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang sungguh mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulagu Khan pada tahun 656H untuk menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. (Hasyiah Al-Muntaqa- Muhibbuddin A-Khatib, hal 20 Ibn Qayyim  Ighathat al Lahfan J.2 hal 263, al- Bidayah wa al-Nihayah J.3 hal 200 -266).

Walaupun Nasiruddin At-Tusi dianggap sebagai seorang yang kejam oleh sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi Nasiruddin At-Tusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam (Hukumah al-Islamiyyah, hal. 128).

5.2.2   Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat daripada kalangan Ahli Sunnah umumnya dan goIongan ulamak khususnya. Syah Waliyullah misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata kerana beliau mengarang sebuah kitab yang bemama ' Izalat al Khafa untuk menghilangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para Khulafa al-Rasyidin.

5.3       Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh dipandang kecil kerana Negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh dan ulamak-ulamak Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu agama seperti Imam Tirmidzi, Imam Abu Daud, Imam Razi dan lain-lain lagi, tetapi apabila Agama Islam lemah kerana pengetahuan penganut-penganutnya tidak mendalam lagi dan pengaruh kebendaan serta dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah dengan mengemukakan hujah-hujah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran telah bertukar menjadi negara Syiah.

Begitu juga Mesir yang disuatu masa dahulu merupakan negara Ahli Sunnah tetapl kemudian bertukar tangan menjadi Syiah. Walaupun Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak kurang juga dahsyat dan bahayanya daripada Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah.

Bagaimana pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah dan syariah Islam yang dianuti mereka?

5.4       Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam menganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.

5.5       Sebuah negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan. Ini ialah kerana agama mereka dibina di atas asas-asas yang karut.

5.5.1   Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada amalan-amalan bidaah.

5.5.2   Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan terhadap kematian Husin dan mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan dengan diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat kunjungan ialah maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang- orang seperti Syah Ismail Safawi (907 H) bahkan sampai sekarang ini pun pemimpin-pemimpin mereka menganggap perkara ini sebagai perkara biasa. (Nahnamah al-Marifat - Hyderabad, Muharram 1389H).

5.6       Kuasa negara mengikut teori 'Walayatul Faqih' merupakan kuasa ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan syariat.


5.6.1   Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah kerajaan Syiah kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun yang boleh ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahdi.

AI-Kulaini meriwayatkan menerusi Abu Basir daripada Abi Abdillah (Ja'far al-Sadiq) beliau berkata, “Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan Al-Qaim, adalah Taghut yang disembah selain daripada Allah 'Azzawajalla” (Ar-Rawdah Min al-Kafi ,J.8 hal 295).

Pensyarah kitab Al-Kafi  Maulana Muhammad Saleh Al-Mazandarani (w 1080H) di dalam syarahnya terhadap kitab Al-Kafi yang dianggap antara syarah al-Kafi yang terpilih menulis “Walaupun orang yang menjulangnya itu menyeru kepada kebenaran ". (Syarh al -Kafi, J 12 hal. 371).

5.6.2   Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan oleh Khomeini dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah mereka putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang tiada kunjung datang. (Lihatal-Hukumah al-Islamiah, hal.74)

5.6.3   Kerana itu kami lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih adalah mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini sendiri dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran, Ali Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar rasminya Iran Kayhan Bil 182, yang diterbitkan pada 23 Jumadal Ula, 1408H dengan tajuk: "Sesungguhnya kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau merobohkannya dan kerajaan lebih utama daripada sembahyang”.

Dalam surat itu Khomeini menulis: “
“Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang daripada kekuasaan Rasulullah s.a.w. yang lurus dan antara hukum- hukum Islam yang utama dan lebih diutamakan daripada semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa dan haji ".

Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu dan merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan kepentingan-kepentingan Islam.

Penguasa boleh menghentikan ibadah Haji yang merupakan kewajipan Islam yang penting apabila Maslahat Negara Islam mengkehendaki demikian kerana kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak". (Dipetik daripada al-Murtada, hal 249).


6. Penutup

Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, kita tidak dapati sesuatu percanggahan antara Syiah yang dipropagandakan hari ini dengan Syiah yang dikenali oleh ulama-ulama Islam dahulu sebagai Syiah Ghulat yang telah mereka hukumkan terkeluar daripada Islam.

Adakah Syiah yang sedemikian ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara Islam ???

Dan adakah Syiah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi tidak tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan musuh yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?

Apalah yang ada lagi pada akidah, syariah dan nilai akhlak umat manusia seperti yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda yang mulia jika ajaran Syiah yang begini dianggap sebagai ajaran Islam.

Tentu sekali tiada lagi yang tinggal daripada ajaran Islam yang masih berbaki sesudah itu dan inilah yang dikehendaki oleh mereka.

Sesungguhnya para imam yang terdiri daripada anak cucu Rasulullah s.a.w. yang dianggap sebagai Imam oleh Syiah tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-ajaran yang diperkenalkan oleh Syiah kepada dunia atas nama mereka.

Malah mereka itu telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah atau pendokong setia mereka.

Nah! Imam Jaafar As-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syiah bahawa, "Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syiah. " (Rijal Kasysyi, hal 299).

Oleh itu di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang seumpama ini semestinya setiap Muslim menyatakan pendiriannya seperti yang pernah dinyatakan oleh Nabi Ibrahim a.s. bahawa,
"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami engkari ( kekufuran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah semata-mata " ( Al-Mumtahanah, ayat 4).  

[sumber: geocities.ws ~ Penulis: Ustaz Mohd. Asri Yusof. Buku: Syiah Imamiah Mazhab ke-5?]

No comments:

Post a Comment