Salam Aidilfitri 2013

Tiada kata secantik bahasa, tiada madah yang indah untuk berbicara. Saya ingin menyusun 10 jari tangan ini memohon ampun dan maaf sekiranya nukilan di blog ini ada yang mengguris hati dan perasaan anda semua. Sesungguhnya apa yang dikongsikan di sini hanyalah panduan/rujukan untuk diri saya dan semoga mendapat manfaat kepada orang lain jua. Rakan-rakan yang lama mengenali diri ini, mohon dihalalkan segala-galanya serta dimaafkan segala perbuatan baik/buruk selama ini tanpa sedar atau dengan sengaja. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa, senantiasa melakukan kesilapan. Kita hendaklah sentiasa perbaiki diri dalam meneruskan amal kebajikan untuk kebaikan hidup di dunia dan jua akhirat. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita; dan amal ibadah kita di sepanjang Ramadan ini akan diterima Allah hendaknya serta kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadan Mubarak pada tahun hadapan, in shaa Allah.
‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)
~ ikhlas dari hati.. ('_')

No comments:

Post a Comment