Ujian Allah tanpa diduga

Salam 2 Syawal 1434H
Setiap perkara yang berlaku ada hikmah dan rahmat di sebalik kejadian. Allah hanya menguji kpd hambanya yang mampu menghadapi ujian dengan sabar, tabah, redha dan kekuatan iman seseorang. Dugaan buat saya dan keluarga; kami ditimpa kemalangan lebih kurang jam 3.50pm td semasa menuju ke hospital ingin menziarahi pakcik. Syukur alhamdulillah, mom dan adik tiada apa-apa. Mom terperanjat sebab tak pernah alami. Saya cedera ringan, kedua2 keting kaki sakit dan dagu / rahang agak sakit terhentak ke kerusi hadapan. Allahu akbar..hanya Allah shj yg tahu kesakitan ini. Sampai skrg masih terasa sakitnya. Tiba2 teringat kejadian ptg td. Saya masih sempat keluar dari kereta dan jadi polis traffic skjap dgn berbaju kurung biru. Bila diingat balik semula kejadian tadi; sangat2 bersyukur kpd Allah. Mujurlah saya sempat memeluk dada mom dan berdoa "ya Allah; selamatkanlah mak aku". Khuatir badannya ke hadapan dan terkena dashboard. Walaupun dia memakai seatbelt; risau pada bonda tetap diutamakan. Ini merupakan pengalaman kemalangan kali ke-2 dlm hidup me. Walaupun kita berhati-hati di jalanraya; tapi dgn izin Allah maka jadilah sesuatu di luar jangkaan kita. This is life...keep the faith. Terima kasih Allah, semoga dipermudahkan segala urusan hari esok dan akan datang hendaknya..in shaa Allah

No comments:

Post a Comment