Cinta Dalam Diam

Firman Allah SWT yg bermaksud ".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,kelak ada insan yang bakal dilukai.  Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri. Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia Maha mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.  Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..then you can do it the halal way
"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."(HR. Al-Hakim)
DOA: Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..
(sumber: Blogger)

1 comment:

  1. Asslamulaikum..
    menarik..saya suka ..
    tetapi apa pendapat awak tentang cinta dalam diam dengan cinta yang diluahkan?

    ReplyDelete