Silaturrahim Sesama Manusia

“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), dan Kami jadikan kalian berbagai bangsa dan suku agar kalian saling kenal mengenali (antara satu sama lain)”. (Surah al-Hujurat ayat 13)

DIRIWAYATKAN, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Padamasa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya.Malaikat maut berkata: "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya." Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yangternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat.Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya. Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: "Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?" Malaikat maut menjawab: "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud:
"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim." 

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah
akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.
Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah. 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. 
Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka
terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim.
Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman. 
Firman Allah bermaksud "Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10) 

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: "(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran." (Hadis riwayat At-Thabrani).

Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat.
Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah.Marilah sama-sama kita pastikan diri kita agar tersenarai dalam golongan orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T. dalam erti kata mematuhi perintah Tuhan dan meninggalkan larangan-Nya. Ini kerana cara yang demikian sajalah untuk kita sebagai 
hamba Allah yang tinggal dimuka bumi-Nya dapat hidup dan kita Ialui dengan penuh kenikmatan dan keberkatan. Dengan bertakwa kepada Allah S.W.T. sahajalah kita semua, Insya'Allah dapat mencapai matlamat hidup iaitu keredhaan Allah S.W.T.

Untuk memastikan diri kita menjadi hamba Allah yang baik atau dengan tepatnya menjadi 'khalifahtullah' di atas muka bumi ini, kesempurnaannya amat bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mampu mengharmoniskan hubungannya dengan Yang Maha Pencipta Allah S.W.T. dan juga sejauh mana kemampuan seseorang itu menserasikan hubungannya dengan sesama manusia. Inilah yang menjadi titik tolak dalam kehidupan insan muslim mukmin yang beriman dengan Allah S.W.T.  
Firman Allah yang bermaksud:
'Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T. dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. dan juga berbuat baik sesama manusia..' (Surah Ali-Imran: 112)

Agama Islam yang kita anuti ini, begitu prihatin dan telah menyusun adab-adab serta disiplin- disiplin hubungan yang diperlukan sebagai pra-syarat kepada kesempurnaan kita untuk menjadi khalifah Allah S.W.T. Islam telah menyusunnya dengan begitu terperinci satu persatu dengan tujuan mempastikan supaya kehidupan hamba Allah itu berjalan dengan penuh harmoni,dengan penuh selesa,dengan penuh damai dan jayanya. Disusun begitu rupa bermula daripada beberapa adab dan disiplin yang begitu banyak yang antaranya disusun adab-adab berkeluarga, adab-adab kehidupan berumah tangga, adab bersuami isteri dan adab beranak pinak. Ini semata-mata bertujuan agar keluarga itu dapat mengecapi kebahagiaan sebagaimana yang diungkapkan 'Baiti Jannati',Rumahku Syurgaku. Kemudian disusun pula dengan adab-adab berjiran tetangga atas dasar hormat-menghormati supaya kehidupan sekampung dan sehalaman itu selesa berbahagia agar tidak bersengketa antara satu dengan yang lain. Islam juga tidak cuai dalam menyusun adab dan disiplin hubungan antara sesama umat Islam,yang bermatlamatkan untuk benar-benar dapat merealisasikan apa yang Allah S.W.T. firmankan dalam al-Qur'an yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara di antara satu dengan yang Lain."(Surah al-Hujurat : 10) 


Hubungan baik yang khusus antara sesama manusia di kalangan ummah, iaitu persaudaraan seagama (ukhuwah Islamiah), Islam memperuntukkan peraturan atau undang-undang dalam sistem kehidupan sosial yang adil dan harmoni yang disebut sebagai Syariat Islamiyyah. Semua perkara dalam hal ini terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan, semuanya adalah untuk kebaikan, kebajikan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia seluruhnya, di dunia dan akhirat.
[Sumber: Blogger] Wallahualam

No comments:

Post a Comment