35 Amalan Sunat Buat Kaum Hawa Ketika Haid & Nifas

Terlalu banyak amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:

1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan

2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat

3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.

4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.

5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
a. Bermunajat
b. Berzikir
c. Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

6)      Memuhasabah dan menghitung diri

7)      Membaca zikir Asmaul Husna

8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah

9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis

10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.

11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan

12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran

13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)

14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)

15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.

16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik

17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan

18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah

19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid

20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri

21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga

22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga

23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur

24)  Memberi makan orang yang berpuasa.

25)  Melakukan kerja-kerja rumah

26)  Berbakti kepada Orang Tua

27)  Perbanyak infaq dan sedekah

28)  Melakukan khidmat masyarakat.

29)  Melakukan perbincangan ilmiah

30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah

31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun

32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim

33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya

34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat..Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran
(sumber: syafiqolbu.wordpress.com)

Tips Travel

"Immunizations and Medication: Before You Travel"
When traveling to other countries, you're often likely to encounter health-related issues that you won't usually face at home. In order to minimize your chances of becoming ill whilst traveling, it's important to find out beforehand if any particular immunizations and medications may be required before traveling to the region you plan to visit.
Here are a few tips to help you enjoy a safe and healthy trip:
Make an appointment with your doctor: Visit your local health centre or doctor before you travel for the most current information and medication options. Ideally, you should schedule the first appointment for immunizations and travel health advice around five to six weeks before traveling. This is mainly because you generally need to wait for a couple of weeks after the last dose of your immunization program before you're completely protected.
Know which immunizations you need: Knowing which immunizations you require won't depend on your travel destination alone. Your physician will also take other factors into consideration including the duration of your stay, whether you plan to stay in rural areas or stick to the resorts, your vaccination history, any medicines you're taking and any allergies you may have. Regardless of your travel plans, it's important to make sure that you're up with routine immunizations such as polio, tetanus, influenza and childhood diseases including mumps, rubella and measles. In addition, overseas travelers may also need immunization against cholera, hepatitis A and B, rabies, meningococcal meningitis, typhoid, tuberculosis and yellow fever.
Special considerations to keep in mind:Remember that immunizations may not be suitable for everybody. For instance, if you're pregnant, it's better to avoid some immunizations. Children and babies too are a special case for whom you need to consult your doctor. Other special considerations to keep in mind include any reactions that you may have had in the past to immunizations, or if you're immunocompromised (i.e. you're HIV-positive or taking steroids) for some reason. In such a situation, it's advisable to avoid some immunizations. You can talk about this with your doctor before traveling.
Learn about the side effects: Like any other form of medication, immunizations may have unwanted side effects. These are usually unpleasant as opposed to being dangerous, though serious allergic reactions may occur occasionally. There's no medical evidence to suggest that they can affect your immune system by any means. Some of the most common side effects include soreness in the injection area, sometimes with swelling and redness, and maybe a mild fever or a feeling of not being well.
Many people traveling overseas are worried about the possibility of getting sick. With a bit of advanced planning and preventative measures, you can significantly improve your chances of having a wonderful travel experience.
(source: blogger)

Hijrah Diri

Tentang Rasa..

Jauhi 17 Amalan Yang Menyebabkan Seksa Kubur

Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”
2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
3. Solat tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”
5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”
6. Tidak mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”
7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)
8. Mencuri. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
9. Berkhianat. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
10. Menfitnah sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Makan riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
12. Tidak menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)
13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:  “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’ Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].
17. Mati dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, “Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan seksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.” Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa.
Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya. Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, sentiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:
1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah
2. Mati syahid di jalan Allah 
3. Membaca surat Al-Mulk 
4. Meninggal kerana sakit perut 
5. Meninggal dunia pada hari Jumaat.

Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya.
(sumber: bligger~sunnatulhuda)

4 Jenis Hati Manusia

1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2~ Hati yang pecah.Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 

3~ Hati yang tertutup.Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4~ Hati yang suci.Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.

Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam
- Banyakkan bertaubat.
- Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
- Jalinkan ukhwah antara manusia.
- Perbanyakkan solat malam.
- Perbanyakkan puasa sunat.
- Banyakkan berzikir.

(sumber: minus-ska.blogspot)

Kehidupan Bermanfaat Kepada Insan Lain

“Sahabat-sahabat Ansar mengutamakan kawan-kawannya (sahabat-sahabat Muhajirin) atas diri mereka sendiri, walaupun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).” – Al-Hasyr 59
Pernah kita mendengar pepatah Arab menyatakan seseorang yang tidak mempunyai sesuatu tidak mampu untuk memberikan sesuatu. Untuk memberi, seseorang itu perlu untuk memiliki sesuatu. Seseorang yang tidak mempunyai pekerti yang mulia tidak mungkin mampu untuk berkongsi kebaikan dari pekerti mulia itu dengan orang lain. Begitu jugalah seseorang yang tidak mempunyai sesuatu barang, wang, ilmu dan sebagainya tidak mungkin dapat berkongsi dan memberi manfaat daripada apa yang dimilikinya.
Maka, konsep pemilikan adalah konsep yang sangat penting dalam deen kita. Persoalannya, adakah kita memiliki sesuatu? Di sana terdapat dua jawapan. Ada yang menyatakan pada dasarnya kita tidak mempunyai apa-apa dan kita diberi atau berusaha untuk memiliki sesuatu. Ada juga menyatakan kita memiliki sesuatu tetapi kemungkinan kita tidak sedar yang kita sebenarnya memiliki sesuatu. Kedua-dua jawapan ini benar.
Insan pada dasarnya tidak memiliki apa-apa tetapi dipinjamkan oleh Allah SWT. Pemberian ini wujud dalam segenap aspek hidup , hanya tinggal sama ada kita sedar atau tidak sedar. Selalu kita mendengar hadith Nabi saw, annasu kal ma’adin yang bermaksud insan ini ibarat galian logam, dan logam ini ibarat az-zahabi wal fiddah, yakni seperti emas dan perak. Orang-orang yang baik / mempunyai potensi dalam kehidupan jahiliyyah akan mempunyai potensi yang terus bergemerlapan dalam deen kita sekiranya adanya kefahaman. Konsep pemilikan dan nilai dalam diri insan berkait rapat dengan persoalan kesedaran dan kefahaman yang wujud.
Di sinilah titik tolak manfaat. Sebagai masyarakat, kita sebenarnya memiliki nilai, potensi yang sungguh mahal, hanya menunggu digali dan dicungkil. Namun, nilai sebuah potensi tidak mungkin wujud sekiranya hilangnya keupayaan untuk memberi manfaat kepada persekitaran. Ini bermakna untuk memberi, seseorang perlu memiliki dan memiliki bererti menggilap potensi, mempunyai kesedaran dan kefahaman supaya apa yang dimiliki adalah sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi dengan ahli masyarakat juga persekitaran. 
Mari kita kembali kepada pepatah Arab tadi yang menceritakan bagaimana pentingnya konsep pemilikan dalam usaha memberi sesuatu. Walaupun ini benar, ada sesuatu yang lopong di sini. Ramai dalam ahli masyarakat pada hari ini kaya-raya, berpangkat, berkedudukan namun tidak pernah dalam sejarah kemanusiaan bahawa ini semua menjadi indikator kepada perkongsian dan pemberian manfaat kepada mereka yang memerlukan. Berapa banyak negara-negara Arab yang kaya tetapi masih melihat negara-negara Muslim yang bukan Arab miskin, juga compang-camping kekuatan ekonominya. Dari konteks sesebuah negara, berapa banyak pemimpin negara yang kaya meliana tetapi membiarkan rakyat miskin dan tanpa makanan. Ada satu nilai yang sering dilupakan yang sebenarnya memberi makna kepada manfaat kepada orang lain. Ia adalah nilai yang digambarkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut di atas, yaknilah “mereka mengutamakan sahabat-sahabat mereka atas diri mereka sendiri” dan ditambah dengan sesuatu yang sangat mendalam yaknilah “ walaupun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu”.
Mudah untuk memberi apa yang menjadi lebihan dalam kehidupan, tetapi tidak mudah untuk memberi apa yang menjadi keperluan dalam kehidupan. Inilah rahsia dan tujahan kepada konsep bermanfaat kepada orang lain. Kita perlu berusaha untuk memberi dengan pemberian yang paling baik, memberi manfaat dalam banyak keadaan bermakna mengorbankan kepentingan diri. Sekiranya masyarakat Muslim kembali kepada kualiti masyarakat Ansar, meninggalkan kualiti hidup narcissistic kepada kualiti hidup mengutamakan mereka yang lain,maka kita akan lihat banyak transformasi dan reformasi ummat bagi memimpin kembali dunia ini dengan nilai-nilai rabbani.
Marilah kita sama-sama melihat kekurangan dalam diri sendiri, menggilap dan memperkaya potensi juga  melihat kebaikan dalam diri yang lain supaya nilai memberi manfaat kepada orang lain dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim..insyaAllah
Wallahualam.
(sumber: duniadeen.com)

Dosa & Penyesalan

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu)." surah Al-Nah;l 16:9

Mohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa yang kita buat hari ini atau yang lalu. Semoga dengan penyesalan dan taubat ini akan menjadikan kita seorang muslim yang lebih baik di masa hadapan, in shaa Allah..

Hadis Pilihan:

Rasulullah SAW bersabda:
"Ya Allah, berilah aku rezeki cinta Mu dan cinta orang yang bermanfaat buat ku cintanya di sisiMu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku diantara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya Allah, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untuku dalam segala hal yang Engkau cintai."
(H R. Al-Tirmizi)

Doa dari hati..munajatku pada-Mu Allah

Ya Allah..
Hadirkan aku seseorang yang mampu membimbingku ke jalan-MU
Seseorang yang setia di sisi sekiranya aku berduka
Seseorang yang bergembira sekiranya aku juga begitu
Seseorang yang sanggup melayan kerenahku
Seseorang yang menceriakan aku dengan setulus hati
Seseorang yang rela menyayangiku sepenuh hati
Selepas-Mu ya Allah dan kedua-dua ibu bapanya
Seseorang yang lengkap ibadahnya agar aku semakin dekat kepada-MU..
Ya Allah..
Andai dia jauh dariku, pertemukanlah kami dalam redha-MU
Andai dia dan aku sudah bertemu, berikanlah kami petunjuk-MU
Ya Allah..
Andai dia milikku, bukakanlah hatiku untuk menerimanya seadanya
Andai dia bukan milikku, berikanlah kami cara
Agar masing-masing tidak tersakiti hati.Sesungguhnya..takdir-Mu punya hikmahnya tersendiri..

In 2014..all i want is

Hikmah Solat Dari Aspek Kesihatan

Dalam pergerakan solat tersimpan hikmah dan ilmu kesihatan yang sangat penting dan dapat menghindarkan pelbagai penyakit: 

1- Kedudukan Tangan Semasa Membaca Fatihah Apabila membaca al-Fatihah , maka telapak yangan akan mengenggam pergelangan tangan kiri di pusat pusat. Dari segi kesihatan , teknik ini merupakan salah satu cara istirehat yang paling sempurna kerana kedua-dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan , kedua-dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali di waktu ini. Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan pergerakkan kedua-dua tangan . Kaedah ini boleh menghindarkan sakit sendi (rheumatik) . 

2- Ketika Rukuk Ketika rukuk, kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut di mana punggung dan kepala berada di dalam keadaan selari. Teknik rukuk ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang belakang seperti sakit rusa tulang punggung , ruas tulang tengkuk dan kekejangan otot. 

3- Semasa Sujud Semasa sujud , kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama. Keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung di antara satu sama lain lantas menjadi besar dan kuat. Disamping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota badan terutama pada bahagian jantung dan menghindarkan berlakunya pengecutan di pembuluh darah. Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang sangat diperlukan di dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi,kalsium , kapur dan banyak lagi. Ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang asalnya dari zat makanan. Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak. Selain dari itu juga otot perut dapat berkembang dengan baik dimana ia akan menjadi lurus dan memanjang. Otot ini akan membentuk dinding-dinding perut dan bila ia berinteraksi, maka tekanan dalam rongga perut dapat dibesarkan. Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi ibu-ibu yang hamil pula ia membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling rendah. Berlakulah pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding dengan keadaan biasa. 

4- Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud (Duduk Tahiyat Awal)
Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang mengandungi saraf yang besar terletak di atas kedua-dua tumit kaki. Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal. Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah simbolik ini menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut atau terpiscit dengan sendirinya. Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit ischias (tidak dapat berjalan). 

Begitu besarnya keagungan Allah kerana setiap apa yang diperintahkan ke atas kita terkandung hikmah yang cukup tinggi. Dengan bersolat sahaja pelbagai penyakit dapat dihindarkan. Sebab itulah para sahabat dan orang soleh jarang sekali terkena penyakit yang pelik-pelik sepertimana di zaman moden ini. Mereka mengisi masa yang terluang dengan memperbanyakkan ibadah sunat kepada Allah. Hasilnya mereka berjaya memperolehi kekuatan zahir dan batin berkat selalu bertakarub kepada Allah SWT . 

Petikan : Khusyuk Dalam Solat
Muhamad Uqbah An Nafiq
Halaman 9-11
(sumber: mselim3.blogspot)

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.Memperolehi ketenangan jiwa.
3. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
4. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
5. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
6. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
7. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
8. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
9. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
10. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
11. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
12. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
13. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
14. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
15. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
16. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
(sumber: shafiqolbu)

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.  Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
~Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
~Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
~Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
~Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
~Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
~Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”Sumber dari berita harianMakanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.

Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.  Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.  Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.  Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulan:
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”. 

Cara Mengawal Nafsu Makan

Jika kita sudah terbiasa makan dengan banyak dan suka makan makanan ringan memang agak sukar untuk kita mengawal nafsu makan. Biar saya terus terang sebenarnya kita mengalami ketagihan makanan. Apabila kita tidak dapat makan apa yang kita inginkan kita akan rasa gelisah dan hilang punca. Memang kita perlu makan untuk dapatkan tenaga tapi berpada-pada lah.
Sila ingat ayat dibawah ini: "Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan"

Baca tips di bawah:

✓ Minum segelas air kosong
Jika kita terasa mahu makan lagi walaupun kita sudah pun mengambil makanan yang cukup, cuba minum segelas air kosong. Jika terasa nak makan lagi. Tambah segelas air kosong lagi. Apabila perut kita sudah penuh dengan air kosong kita tidak akan terasa nak makan lagi.

✓ Elakkan membawa makanan kegemaran
Elakkan beli dan bawa balik makanan ringan ke rumah. Selalunya nafsu makan kita tinggi bila berada di rumah. Seeloknya ganti makanan ringan dengan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan.

✓ Tipu minda anda
Tipu minda kita. Bayangkan kita hanya ketagih memakan makanan yang baik untuk kesihatan seperti roti berserat atau kacang.

✓ Makan Berkala
Makan lima ke enam kali sehari dalam kuantiti yang sederhana. Kita boleh membuat jadual pemakanan mengikut keperluan kalori kita untuk sehari. Elakkan makan ketika kita terlalu lapar. Bimbang kita akan makan terlalu banyak akibat terlalu lapar.

✓ Motivasi diri andaGunakan nota kecil. Tulis lah apa-apa yang boleh memotvasikan diri kita supaya tidak makan dengan banyak. Contohnya “Aku nak kurus…Aku nak jadi cantik…Aku tak kan makan terlalu banyak lagi”. Kemudian tampal di tempat yang kita selalu lihat seperti di cermin, peti sejuk atau dompet kita.
(sumber: anizyn.blogspot.com)

Zikir Amalan Harian

8 Anugerah

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.“Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”.(ali-Imran: 79)
(sumber: Blogger~pencintaIllahi)

Mengapa kita tidak boleh ketawa berlebihan?

“Janganlah engkau banyak tertawa, karena banyak tawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah “ (Hadist Bukhari Muslim)
Wasiat yang disampaikan Rasulullah SAW ini sangat luar biasa. Didalamnya terhimpun prinsip-prinsip hidup seorang muslim. Andai seseorang mampu mengamalkannya secara optimal, kebahagiaan sejati niscaya tidak akan mau jauh darinya.Jika melihat konteks hadis ini yang dilarang Rasulullah adalah tertawa berlebih-lebihan . Dapat dimengerti sebab semua yang berlebihan cendrung membawa mudarat daripada manfaat. Jangankan tertawa , ibadah yang berlebihan pun dipandang kurang baik, Rasulullah pernah menegur seorang sahabat yang meng-azamkan diri untuk shalat terus menerus serta berpuasa setiap hari.Pertanyaannya mengapa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melarang kita banyak tertawa? Mengapa tertawa bisa mematikan , atau sekurang-kurangnya menanduskan hati? Bukankah tertawa itu sehat, tanda kegembiraan, serta penangkal kesedihan?
Didalam otak manusia terdapat hormon yang mengatur kebahagiaan dan kesedihan. Hormon yang mengatur kebahagiaan diwakili oleh SEROTONIN. Jika kadar serotonin dalam otak stabil dan seimbang, kita akan TENANG. Jika kadarnya terlalu rendah , kita akan RESAH dan GELISAH. Namun sebaliknya , Jika kadarnya berlebih, kita cendrung “TERLALU TENANG” alias APATIS. Jadi Allah Subhanahu Wataa’la menciptakan segala sesuatu itu selalu pas, seimbang serta memenuhi prinsip mizan. Terlalu kurang atau terlalu lebih biasanya akan mendatangkan masalah.Uniknya setiap hormon itu tidak bekerja sendirian . Ada proses kerjasama dan mu’amalah yang harmonis diantara mereka. SEROTONIN memiliki partner yang namanya ENDORFIN. Hormon yang satu ini bertugas mengatur KEGEMBIRAAN . Keduanya bagaikan pasangan sejati, saling memahami, dan saling melengkapi. Ketika SEROTONIN TURUN , kadar ENDORFIN pun AKAN TURUN. Demikian pula ketika ENDORFIN NAIK, naik, maka SEROTONIN pun akan IKUT NAIK . Namun hubungan diantara mereka TIDAK SELALU STABIL . Ketika proporsi yang satu terlalu tinggi , ketidakseimbangan pun akan muncul kepermukaan. Disinilah relevansi wasiat Rasulullah SAW terlihat. Terlalu banyak tertawa akan menaikkan kadar ENDORFIN sampai batas OPTIMAL. Akibatnya kadar SEROTONIN dalam tubuh menjadi RENDAH.
Allah Subhanahu Wataa’la menciptakan endorfin dan serotonin dari bahan baku yang sama. Ketika endorfin terlalu banyak diproduksi, bahan baku Serotonin akan terserap habis. Efeknya , pada satu sisi dia akan merasakan kegembiraan, tapi ketika kegembiraan tersebut mencapai titik optimal , hormon penyeimbangnya tidak lagi di produksi. Karena itu jangan heran , orang yang banyak tertawa cendrung menjadi pribadi yang gelisah, tidak tenang, serta mengalami kegersangan hati. Ketika sudah gelisah , orang akan mudah terkena paranoid, mudah berburuk sangka , shalatpun tidak bisa khusu’. Semakin lama hatinya akan mati, tidak lagi sensitif. Ketika orang lain mendapatkan kesusahan , dia tidak lagi peduli , karena sibuk dengan kegelisahannya sendiri. Dengan kata lain , orang yang kadar serotoninnya rendah akan menjadi pribadi yang Egois , yaitu pribadi yang hanya mau memikirkan dirinya sendiri. Dia baru mau memikirkan orang lain , kalau orang tersebut bisa menguntungkan dirinya. Rangkaian sikap buruk ini terjadi karena dia terjebak dalam kegembiraan yang berlarut-larut serta melenakan.
(sumber: blogger)

15 Kebaikan Membaca Al-Quran

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim) 
Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim) 
Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari) 
Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim) 
Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah) Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh. Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih) 
Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih ) 
Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk. Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim) 
Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah. Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )  
Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah) 
Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan) 
Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
(sumber: fb)

Tanda-tanda Kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1) Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2) Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3) Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5) Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6) Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7) Gempa bumi di Timur.
8) Gempa bumi di Barat.
9) Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10) Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
(sumber: islamituindah.my)

Istiqamah Diri

Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”Riwayat Ahmad

Huraian:
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.
(sumber: azmanzaidin.blogspot.com)

Jom ke masjid!

The Do's & Don't in Strong Friendship

Those people whom I do call friends are more like family. I have done everything I could to keep those people by my side. If people you consider friends are walking out on you, it could be one of two things. It’s either you aren’t being a good friend or it’s them who isn’t doing their part. I’m here to point out a few key do’s and don’t of friendship.
DO Be able to find humor even through dark times. If your friend can depend on you to make him/her smile through hard times that makes you every bit more important to them opposed to the people who bring them down. They will depend on you to feel better about themselves even when it seems impossible.
DON’T Be the friend who doesn’t have time to listen. Always be there to talk. Never should you find yourself avoiding a friend.
DO Be unpredictable. Separate yourself from the predictable people in your friend’s life. Show up out of nowhere, drop by with surprises, and spark random conversations.
DON’T Be a liar. Truth is one of the more important barriers of friendship. You do not want to break that barrier because once you knock it down, you will not be able to build it back up. Even a harmless lie could damage a strong friendship.
DO Be fun. As a friend it is your job to provide entertainment. Be the person to take your friend to parties, bars, and exciting places. Let others bore them to death.
DON’T Be afraid … of anything. You friend wants you to be strong. They want you to be the person they’d have by their sides at war. Try not to show many weaknesses.
DO Care. Never shy away from being the person your friend runs to when they need to talk or blow off some steam. Care as much for them as you do for yourself. Be there at all costs. Show them you want them in your life forever by being able to express how much you care for them.
(source: Blogger)