Life, People & Surroundings

Its  kinda dark outside, heard some thunder and rain just stop #alhamdulillah. Neighbour busy with relatives & friends, there's a solemnization held today. Another marriage on friday, with blessing of Allah always; in shaa Allah #pray. Lot of cars block the main road in front of my house. Seems like i have to stay in for a while.
When see people passing by, suddenly reminds me back of the 'day' in 2010. I'm moving on now and i'm still single by choice. All this life, i put all in Allah hands #redha. Whatever, whenever and things happens all out of sudden, always keep me through it by faith and believe. If u seeing me with someone; its doesn't mean that he's the only one. Honestly, i don't have a lot of friends. I do have few friends whom i'm happy to be with. Its definitely annoying when suddenly people accusing me for nothing. I'm not that kind of person who 'perasan', wreakage, brat or simply taken others happiness. You can't judge me before you know me well. Use your brain wisely before u talk about me.
My life surroundings with fulls of love (family & great friends). Relationship »» responsibility, respect, caring, happiness, believing, trust we build together. Nothing more, nothing less. Alhamdulillah.. Maybe this is again...another 'Ujian' Allah for a single person like me. Others might be suffered more out there, who knows right? I don't wanna discuss more about it in future. If you read this, please STOP talking behind my back; focus on your own life. Don't get mess and ruined others. Seek forgiveness, change/'hijrah' & be a better person. Believing in Allah & do extra 'ibadah'. May happiness and calm be in your heart #pray.
Simple way of life ● Thanks Allah
Wallahualam
~ ♡ haters; +ve me

Penantian Ini Telah Berakhir.. Tragedi MH370

Setiap manusia di dunia ini tidak pernah luput dari berbagai macam musibah dan cobaan, karena hal itu merupakan sunnatullah yang pasti berlaku bagi setiap manusia. Musibah dan cobaan yang Allah berikan kepada manusia adalah sebagai ujian baginya, apakah ia termasuk orang-orang yang bersyukur dan sabar, ataukah justru termasuk orang- orang yang kufur dan berputus asa. Kelak disaat manusia menghadap Allah subhanahu wa ta’ala, dia akan dimintai pertanggungjawaban oleh Allah berkaitan dengan bagaimana sikapnya ketika menghadapi ujian atau cobaan dalam kehidupan dunia. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman maksudnya: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (QS. al-Anbiya’: 35)

SIKAP SEORANG MUSLIM KETIKA MUSIBAH MENIMPANYA

Seorang muslim yang baik harus senantiasa yakin bahwasanya segala macam bentuk musibah dan cobaan yang terjadi dalam hidupnya itu merupakan takdir dan ketentuan dari Allah subhanahu wa ta’ala. Dan hendaknya ia yakin pula bahwa segala etetapan yang Allah subhanahu wa ta’ala berlakukan untuk dirinya maka itu adalah yang terbaik baginya. Apabila seorang hamba mempunyai keyakinan seperti ini maka Allah akan memberikan balasan kebaikan kepada dirinya yang berupa ketenangan hati, kesabaran dan ketabahan dalam jiwa, bahkan Allah ta’ala akan memberikan ganti atas musibah tersebut dengan yang lebih baik.Allah subhanahu wa ta'ala berfirman maksudnya: “Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. at-Taghabun: 11)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah memberikan penjelasan mengenai makna ayat diatas: “Barangsiapa yang ditimpa suatu musibah dan dia meyakini bahwa musibah itu merupakan ketentuan dan takdir dari Allah, kemudian dia bersabar dan mengharap (balasan pahala dari Allah), disertai dengan perasaan tunduk terhadap takdir yang Allah tetapkan kepadanya, maka Allah akan memberikan petunjuk ke dalam hatinya, dan mengganti apa yang telah luput darinya dari perkara dunia dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hati, bahkan Allah akan mengganti apa yang telah hilang darinya dengan yang lebih baik baginya.” (Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, cet. Darul Ma’rifah hal. 639)
(sumber: blogger)

Teruskan Berdoa MH370 kembali ke Malaysia


Info Kesihatan: Kenali Tulang Belakang Anda

Masalah sakit pinggang atau sakit belakang yang disertai kaki kebas menyucuk-nyucuk selalu terjadi sebenarnya dalam masyarakat kita. Antara salah satu sebab yang menyumbang kepada berlakunya gejala ini adalah penyakit lumbar spinal stenosis.

Apabila kita semakin tua, tulang belakang kita yang mengandungi saraf tunjang semakin sempit. Atas dasar ini lah keadaan ini dinamakan spinal stenosis, manakala lumbar merujuk kepada anatomi tulang belakang tersebut yang terletak di bahagian pinggang.

Anatomi
Memahami tulang belakang dan mengetahui bagaimana ia berfungsi membantu anda memahami penyakit anda.

Tulang belakang adalah tulang kecil yang dinamakan vertebra, disusun secara menegak (vertical) bertindih atas vertebra yang lain. Otot, ligamen, saraf, dan intervertebral disks adalah bahagian tambahan yang membentuk tulang belakang.

Vertebrae
Tulang-tulang ini berhubung antara satu sama lain untuk membuat satu saluran (atau lorong) di mana saraf tunjang ditempatkan. Vertebra dibahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu 1.cervical (leher) 2. Thoracic (di bahagian dada) 3. Lumbar (pinggang) 4. Sacrum 5. Coccyx (sacrum dan coccyx bercantum dan terletak di bahagian punggung).





Bahagian lumbar yang sering menjadi punca sakit belakang. Spinal cord=saraf tunjang


Saraf tunjang
Saraf tunjang adalah saraf seolah-olah kabel electrik. Ia membawa maklumat daripada atas (otak) ke otot-otot seluruh badan. Saraf tunjang terletak di dalam saluran yang berada di dalam vertebra. Saraf-saraf kecil keluar daripada saraf tunjang melalui beberapa lubang kecil yang terdapat pada tulang vertebra.


Otot dan Ligamen
Struktur ini penting bagi memberikan kestabilan dan pergerakan pada tulang belakang anda. Ligamen adalah struktur yang menghubungkan tulang ke tulang maka sangat penting untuk memastikan tulang belakang (vertebra) pada kedudukannya.


Facet Joints
Sendi kecil ini terletak antara vertebra yang membantu pergerakan tulang belakang. Facet joint sangat dekat dengan saraf.


Intervertebral Disks
Intervertebral disks terletak antara vertebra.





Keratan rentas tulang belakang. Spinal cord=saraf tunjang yang terletak dalam saluran (spinal canal) di dalam vertebra. Nucleus Pulposus dan Annulus Fibrosus adalah struktur yangmembentuk intervetbral disks.

Apabila anda berjalan atau berlari, intervertabral discks bertindak sebagai penyerap hentakan dan mengelak vertebra daripada berlaga antara satu sama lain. Ia bertindak bersama facet joint membantu tulang belakang bergerat, berputar atau membongkok.

Itervertebral disks adalah rata, berbentuk bulat (keratin rentas) dan setebal setengah inci setiap satu. Ia terdiri daripada 2 komponen utama iaitu:

1) Annulus fibrosus. Struktur yang kuat, fleksibel ini adalah struktur luar “outer ring”.
2) Nucleus pulposus. Struktur lembut sepert jelly ini adalah struktur di bahagian dalam annulus fibrosus. Struktur inilah yang mempunyai keupayaan untuk menyerap hentakan.


Penerangan
Spinal stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan, kebas atau lemah kaki.





Apabila kita berumur, tulang belakang menjadi keras dan mungkin bertambah dari segi jisim. Hal ini menyebabkan saluran (spinal canal) di dalam vertebra semakin sempit. Apabila kesempitan ini berlaku di bahagian pinggang, ia dipanggil lumbar spinal stenosis.

Degenerasi vertebra berlaku pada 95%populasi apabila menjelang umur 50 tahun. Selalunya spinal stenosis terjadi pada golongan dewasa yang lebih 60 tahun , lelaki dan perempuan tiada beza dari segi insiden tetapi perempuan lebih menunjukkan symptom yang memerlukan rawatan.

Sebilangan kecil daripada populasi memang lahir dengan masalah tulang belakang yang mengakibatkan lumbar spinal stenosis. Penyakit ini dinamakan Congenital Spinal Stenosis, berlaku lebih banyak pada kaum lelaki. Simptom selalunya terzahir pada umur di antara 30 ke 50 tahun.

Sebab
Arthritis adalah sebab utama spinal stenosis. Arthritis adalah degenerasi (penuaan) mana-mana sendi badan.

Dalam tulang belakang (vertebra),arthritis berlaku apabila intervertebral disks degenerasi dan hilang kandungan air. Di usia kanak-kanak dan remaja, intervertebral disks mengandungi kandungan air yang tinggi. Apabila tue, disks ini semakin kering dan semakin lemah. Hal ini menyebabkan tebal intervertebral disks semakin berkurangan dan fungsinya terganggu.








2 mudarat utama yang akan berlaku. Pertama berat badan yang sebelum ini ditampung oleh intervertebral disks telah berpindah ke face joints di belakang saraf tunjang. Kedua, lubang di mana cabang-cabang saraf keluar akan menjadi kecil dan sempit.

Tekanan pada facet joint seterusnya mengakibatkan arthritis belaku. Cartilage (tulang rawan) yang menyaluti facet joint terhakis dan menyebabkan tulang-tulang vertebra berlaga antara satu sama lain tanpa ada pelincir (cartilage). Badan kita ingin melindungi tulang-tulang ini daripada terus rosak akibat lagaan tadi dengan pertumbuhan tulang baru pada facet joint yang menyokong tulang vertebra. Semakin lama, tulang baru yang dinamakan spur ini menyempitkan lubang keluar cabang-cabang saraf daripada tulang vertebra.





Selain itu, ligament juga bertambah dari segi saiz sebagai response kepada arthritis tersebut. Hal ini lebih menyempitkan lubang keluar saraf tadi. Apabila sudah cukup sempit, saraf akan terhimpit dan symptom sakit terzahir.


Symptoms
Sakit Belakang. Kadar kesakitan bergantung kepada kadar arthritis yang telah berlaku. Semakin teruk arthritis individu, semakin kuat sakit yang dihidap.






Sakit punggung atau kaki. (sciatica). Apabila sesuatu cabang saraf terhimpit, kesakitan akan dirasai pada kawasan badan dimana cabang itu pergi. Sakit ini digambarkan seperti pedih yang amat sangat atau seperti terkena genjatan elektrik. Selalunya bermula di punggung dan merebak ke kaki. Sakit ini dinamakan sciatica.

Kebas atau rasa semut-semut pada punggung dan kaki. Tak semua menghidapi sakit, kebas-atau semut-semut pada kaki.

Kaki lemah atau foot drop. Mungkin satu kaki atau kedua-dua belah kaki.

Sakit berkurang apabila tunduk ke depan atau duduk. Kajian menunjukkan apabila kita tunduk ke hadapan, ruang untuk saraf bertambah dan mengurangkan kesempitan yang dialami. Pesakit didapat lega apabila tunduk ke depan lebih-lebih lagi dalam keadaan duduk. Sakit akan bertambah apabila berdiri tegak dan berjalan.


Pemeriksaan doktor
Medical History and Physical Examination

Apabila symptom telah diceritakan, doctor akan memeriksa belakang anda dan memicit untuk memastikan kawasan yang sakit. Doctor akan meminta anda untuk tunduk ke depan, ke belakang, ke sisi untuk melihat had pergerakan dan kesakitan.


Imaging Tests
X-rays. Tidak muktamad. Doktor mungkin akan mengesan kesan penuaan pada tulang seperti kurang tebal intervertebral disks atau pun tulang baru (bone spur). X-ray yang diambil semasa anda tunduk ke depan dank e belakang membolehkan doctor melihat ketidakstabilan sendi tulang belakang. Pergerakan di luar had normal boleh dilihat. Hal ini dinamakan spondylolisthesis. Doktor yang kurang pengalaman tidak dapat mengesan sebarang perubahan awal di dalam x-ray.

Magnetic resonance imaging (MRI). Muktamad. Boleh diagnosis secara jelas

Additional tests. Computed tomography (CT) scans muktamad seperti MRI.




Rawatan 


Rawatan tanpa Pembedahan
Tujuannya hanya untuk mengurangkan sakit dan membolehkan kaki berfungsi sepenuhnya tanpa pembaikan pada saluran saraf tunjang yang telah sempit.

Rawatan Fisiotherapy. Contohnya stretching exercise, massage lumbar dan abdominal strengthening .

Lumbar traction. Tiada bukti tentang keberkesanannya. Secara peribadi, saya tidak sarankan.

Ubat tahan Sakit Seperti panadol, ibuprofen, voltaren, eterocoxib. Pastikan dapat nasihat daripada doctor anda sebelu menggunakan ubat-ubatan ini.

Suntikan steroids (Cortisone). Cortisone adalah ubat yang kuat dalam mengurangkan radang. Suntikan ini diberikan di sekeliling saraf atau di “epidural space” yang mengurangkan bengkak dan kesakitan. Tidak digalakkan menerima suntikan ini lebih daripada 3 kali dalam setahun. Suntikan ini mengurangkan sakit dan kebas tetapi tidak mengembalikan kekuatan pada kaki yang lemah .

Acupuncture. Mengurangkan sakit, tetapi untuk jangka masa panjang tiada bukti yang sahih tentang keberkesanannya.

Chiropractic manipulation. Sila rujuk orang yang berpengalaman. Penulis tidak berpengalaman dalam mengamalkan chiropractic manipulation.


Rawatan Pembedahan

Selalunya mereka yang mengambil rawatan ini apabila rawatan tanpa pembedahan telah dicuba ataupun kaki yang lemah dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pilihan yang ada 

1. Laminectomy da 
2.spinal fusion


Laminectomy.
Prosedur ini meliputi pembuangan tulang, tulang baru (bone spur) dan ligament yang menghimpit saraf. Prosedur ini juga dinamakan “Decompression”..


(Left) Untuk melihat vertebra, otot ditarik ke sisi. (Right) Selepas laminectomy, bone graft material dan screw diletakkan di sisi vertebra untuk mempercepat menyembuhan.


Spinal fusion. 

2 atau lebih tulang vertebra dicantumkan secara kekal. Bone graft daripada tulang pinggul digunakan untuk mencantumkan vertebra ini.

Fusion ini mengurangkan pergerakan antara vertebra lantas mengurangkan kadar kegagalan selepas pembedahan. Doktor bedah akan menggunakan rod dan screwFusion eliminates motion between vertebrae and prevents the slippage from worsening after surgery. The surgeon may also use rods and screws to hold the spine in plac untuk memegang tulang belakang supayabercantum dengan sempurna.

Rehabilitasi. Selepas pembedahan, selalunya ditahan wad untuk 2-3 hari untuk memastikan tahap kesihatan pesakit stabil dan physiotherapy atau pemulihan cara kerja dapat diajar kepada pesakit.

Kami juga akan memakaikan brace atau korset untuk mempercepat pemulihan. Pesakit juga digalakkan cuba berjalan.


Risiko. 

Rendah, sama seperti apa-apa pembedahan e.g. pendarah, jangkitan, darah beku, reaksi terhadap ubat bius. Risiko sangat rendah.

Mereka yang berisiko tinggi adalah orang tua, lebih berat badan, kencing manis, perokok ataupun pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain.

Komplikasi yang spesifik untuk pembedahan ini:
-koyak pada dura yang menyaluti saraf
-tulang gagal bercantum
-screw dan rod gagal menyokong
-kecederaan pada saraf
-gagal mengurangkan symptom
-simptom kembali


Keputusan Pembedahan:

Cemerlang untuk 80% pesakit. Hidup kembali normal.

Pembedahan Baru:
Interspinous process device
Minimally invasive Decompression

[sumber: akudanspine.blogspot.com]

Doa Pilihan: Bahagia

Kekuatan Doa

"CINTA" Yakinlah Kepada Allah

Sekuat mana cinta kalian kepada si dia, andai diiringi dengan doa dan semata-mata kerana Allah SWT; in shaa Allah kehidupan kamu berdua diberkati. Hubungan pernikahan dengan restu dan redha Allah serta keluarga akan berkekalan hingga ke Jannah.. Sentiasa yakin kepada Allah SWT. Sesungguhnya setiap manusia sudah tertulis jodohnya, cepat ataupun tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Kita mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Teruskan berdoa...setialah kepadanya. Semoga kasih sayang kekal bahagia selama-lamanya..amin ya robb.
Wallahualam..
~nasihat: cintai dia seadanya, terimalah segala kekurangannya, kasihinya sekadar cuma..kelak Allah akan limpahkan kasih sayang yang lebih banyak kepada kalian berdua. in shaa Allah

Teruskan berdoa

Cinta & Takdir Illahi

Cinta itu Allah takdirkan buat semua hamba-hambaNya untuk berkasih kasihan antara satu sama lain. Cinta tidak mampu di paksa ,namun kita punya hak untuk menyintai sesiapa sahaja yang kita inginkan. Cinta juga tak kenal siapa. Walau dipisahkan beribu batu, lain-lain keturunan dan bangsa; andai si dia jodoh kita, pasti bertemu jua melayari bahtera perkahwinan. Sungguh, rasa cinta itu adalah seindah-indah perasaan yang Allah ciptakan buat kita. Saat pertama kali kita jatuh cinta,pesanlah pada diri jangan terlalu menyintai kerana bimbang di kala cinta yang kita dambakan akan meninggalkan kita untuk pergi kepada cinta lain yang lebih tepat untuknya.Pesan juga pada diri supaya tidak terlalu membenci pada orang yang menolak cinta kita,kerana siapa tahu, suatu hari nanti cinta yang pernah menyakitkan itu akan datang semula mencari cinta asalnya yang memang telah di takdirkan untuk bersatu. Dalam lumrah hidup ini,pertemuan itu ada perpisahannya. Permulaan punya akhirnya, indah pasti terasa juga sakitnya.Dan jangan kita sempitkan fikiran apabila kita kehilangan cinta insan orang yang benar-benar kita sayangi saat ini, maka berakhir jualah kegembiraan di hati.
Hanya kerana cinta seorang insan, kita gadaikan seluruh umur hidup kita.Berbaloikah? Siapa tahu kali ini di saat pertama kali mengenal cinta yang tidak menjadi , Allah hanya sekadar menguji kita. Mungkin setelah itu,akan di hantar cinta yang sebenar-benarnya buat kita.Jangan di lupa,kumbang itu bukan seekor. Bunga juga bukan sekuntum. Ya,barangkali ada yang membantah dengan menyatakan bahawa yang patah itu pasti akan tumbuh semula, namun semestinya tidak akan sama, bukan? Tidakkah kita terfikir jika yang tumbuh itu sama sahaja dengan yang pernah patah,bukankah kita akan berasa bosan? Pastinya hidup tidak akan ada kepelbagaian.Begitu juga dengan cinta. Ikhlas hati,lepaskan perasaan itu pergi dengan rela hati bersama-sama dengan pemiliknya. Kerana jika kita benar-benar sayang dan cintakan dia, kita akan membiarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri andai itu mampu memberikan kebahagiaan buat dirinya.
Sesungguhnya,cinta lalu yang pernah menghuni hati adalah pengalaman yang paling indah pernah di rasai. Tak usah sedih,apatah lagi meratap meraung bila cinta yang kita dambakan tidak kesampaian. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. Bersabarlah sedikit sahaja lagi,InsyaAllah akan di kirimkan sang cinta itu buat diri yang lagi kesepian. Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Ada sebab kenapa Allah tidak mentakdirkan cinta ‘dia’ buat kita. Mungkin kerana dia bukanlah yang terbaik buat kita,dan mungkin juga kita bukanlah insan yang bisa membahagiakannya. Juga barangkali di saat ini,Allah sedang mempersiapkan ‘dia’ untuk menjadi seorang pemimpin yang bakal melindungi seumur hidup kita. Kita inginkan jodoh yang terbaik,maka persiapakanlah diri kita sesempurna mungkin. Kerana ”lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” Fikir-fikirkan siapa, di mana dan bagaimana keadaan kita pada hari ini. Layakkan ‘dia’ untuk kita? Mampukah kita membahagiakannya kelak ? Mulalah untuk bermuhasabah. Ingat,saat kita telah bersedia untuk di cintai,Cinta itu akan hadir dengan sendirinya.Tanpa paksaan,tanpa di sangka.Wallahhuallam .
(sumber: roniehamzan.blogspot.com)

Keep on Pray/Doa for our Friends on MH370

Flight B777-200 MH370 (Kul-Beijing) with 239 on board (includes 12 crew)  reported  missing on 8 March 2014 at 2.04am. Flight MH370 departed Kuala Lumpur at 12:55 a.m., and was scheduled to land in Beijing at 6:30 a.m. It went missing two hours into the flight and disappeared off the radar northwest of Kota Bharu, Malaysia, in the South China Sea, at 6°33'05.4"N 103°20'39.5"E. Until now B777-200 MH370 still not found yet.
Please pray/doa for our friends on board.


"I Need You Because I Love You"

Amat besar bezanya antara ungkapan, “aku cinta kamu kerana memerlukan mu” dengan “aku perlukan kamu kerana aku mencintai mu.” Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya. Itulah cinta yang ikhlas.Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita mesti memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan kita mencintaiNya hanya pada ketika-ketika kita memerlukanNya.  Itu cinta yang palsu. Cinta yang berfokus pada kepentingan diri bukan kepada Allah,  zat yang mesti kita cintai.
Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, sakit dan miskin, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlaknya. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik sahaja masalahnya selesai, apa yang dihajati telah tercapai,  dia kembali lalai, kufur dan derhaka. Tuhan diperlukan hanya pada waktu-waktu terdesak sahaja. Apabila senang Tuhan kembali dipinggirkan dan dilupakan. Apakah ini yang dikatakan cinta?
Ibadah orang yang mencintai Allah hanya ketika sedang terdesak sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya,  dia alpa. Sebaiknya, jika yang dimintanya tidak kunjung tiba dia jadi kecewa, marah dan putus asa. Mengapa Tuhan tidak memperkenankan doa ku? Mengapa setelah lama aku berbuat baik keadaan ku masih begini? Dia seakan mendesak, bahkan memaksa  dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajatnya.  Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia adalah peminta yang ego.
Allah berfirman: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Al Ma’arij: 19-21). Jangan, jangan begitu. Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini sewaktu senang, “Barang siapa yang ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyakanlah berdoa di saat lapang (senang).” (HR Tirmidzi) . Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini ketika susah, “”Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat.” (Abu Daud) ” Justeru, jika benar cintakan Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah.
Jangan samakan keperluan kita kepada Tuhan dengan ‘lampu Aladin’. Digosok dan didakap hanya apabila diperlukan.  Kita beribadah, bukan kerana-kerana yang lain tetapi semata-mata kerana mengharap wajah Allah. Kita mencinta Allah kerana kita memang mencintaiNya, bukan kerana mencintai diri kita. Lalu Allah akan sentiasa di hati kita, sewaktu senang dan susah, sewaktu sempit dan lapang, sewaktu di atas atau di bawah. Inilah cinta tanpa syarat.
Itulah cinta sejati. Cinta yang menafikan kepentingan dan keperluan diri demi yang dicintai. Mereka tidak sekali-kali tega untuk ‘menduakan’ cinta dengan selainnya. Tidak ada syirik dalam akidah dan ibadah, kerana  dalam hati mereka yang satu hanya ada cinta yang satu (Allah). Cinta orang mukmin hanya untuk Allah. Itu bukan cinta biasa, tetapi cinta luar biasa kerana terlalu cinta. Firman Allah:” Dan orang mukmin itu tersangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah 165).
[sumber: genta-rasa.com]
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi


KNOWLEDGE For The Sake Of ALLAH


There is a great manner that many people unaware of, which is establishing the principle of working and learning only for the sake of Allah. This principle is disregarded because some people are away of their religion. I may swear that the doers of many useful knowledge and great deeds haven’t gain any benefit out of their inventions and they’ve gone with the wind, because they neither work nor learn for the sake of Allah. they did not care to work or learn for the welfare of other muslim brothers, they rather intended to gain position, glory, therefore their deeds deserve to become nonsense. The only benefit they might have is the others’ praise and compliment in the present life which is a temporary thing.

This we can understand better from a hadith narrated by abu hurairah, in which the prophet (pbuh) said:

“Allah the almighty asks a man in the day of judgement about his deeds. he answered that he learned and taught and read the holy quran all for Allah’s sake. allah says: you are a liar; you learned in order to make others praise you, and read the quran in order to let others say how great he is reciting, and they did. Then he is pull on his face and thrown in the hell”. reported by muslim (1905)
[source: blogger]


KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.Firman-Nya:“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)
(sumber: genta-rasa.com)
★Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Doa Pilihan: Surah Al-Baqarah; 286

Firman Allah SWT yg bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kafir." (Al-Baqarah; 286)

Mencari Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

● Dimensi kata, rasa dan tindakan ●

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8Firman Allah lagi:“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (surah Al-Baqarah 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
1)  Rasa kehambaan.
2)  Rasa bertuhan.
3)  Memahami maksud takdir.
4)  Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
(sumber: genta-rasa.com ~ Ustaz Pahrol)

"I Believe"

Walk blindly to the light and reach out for his hand
Don't ask any questions and don't try to understand
Open up your mind and then open up your heart
And you will see that you and me aren't very far apart'
Cause I believe that love is the answer
I believe that love will find the way
Violence is spread worldwide and there are families on the street
And we sell drugs to children now oh why can't we just see
That all we do is eliminate our future with the things we do today
Money is our incentive now so that makes it okay
But I believe that love is the answer
I believe that love will find the way
I believe that love is the answer
I believe that love will find the way
I've been seeing Lisa now for a little over a year
She said she's never been so happy but Lisa lives in fear
That one day daddy's gonna find out she's in love
With a nigger from the streets
Oh how he would lose it then but she's still here with me
'Cause she believes that love will see it through
And one day he'll understand
And he'll see me as a person not just a black man
'Cause I believe that love is the answer
I believe that love will find the way
I believe I believe I believe
I believe that love is the answer
I believe that love will find the way
Love will find the wayLove will find the way
Love will find the way
Please love find the way
Please love find the way

(song: Blessid Union of Soul)