Hargailah Masa..

 Jika Allah tanya pada kita, 
"Apa yang telah engkau buat seharian yang Aku bagi kau pinjam hari ini?"
"Ada tak kau ingat Aku? melakukan segala perkara sambil mengingatiKu..?"
"Ataupun ada tak kau merancang & melaksanakan apa-apa yang bakal memberi kebaikan kepada agamamu, atau setidak-tidaknya kepada dirimu & keluargamu...?" "Ataupun hari ini... sehari lagi telah kau bazirkan tanpa melakukan apa-apa perkara berfaedah pun? kau biarkan hari ini berlalu tanpa mengenang sedikit pun tentang Aku, tentang rasulKu, tentang Islam...?"
Apa agaknya yang mahu kita persembahkan kepada Allah..? 


Mari kita renungi kata-kata hikmah ini;


Hargai masa yang kita ada. Susun jadual kerja & kesibukan kita menurut keutamaan, kepentingan & kadar segeranya. Jangan bertangguh serta hormatilah masa orang lain. 

Jangan biarkan orang lain menunggu kita. Jangan biarkan kita menjadi 'pencuri' masa orang lain dengan sengaja & tanpa alasan. Boleh jadi, itu juga alasannya kita tidak diredhai Allah. Kerana dia tidak redha kita mencuri masanya. 

No comments:

Post a Comment