Indahnya Ciptaan Allah Yang Maha ESA

Malam bulan di pagar bintang...makin indah jika dipandang.. [lagu Saloma & P Ramlee]
Perjalananku diteruskan lagi malam ini. Masih ada baki2 keletihan yang tersisa. Syukur pada Mu ya Allah kerana memudahkan segala urusanku beberapa hari ini. Kita mampu merancang, Allah shj yg menentukannya.
Terpaku mata ini memandang keindahan cahaya bulan yang terang benderang. Ianya 16 Rabiul Awal, masih lagi terpancar sinarnya yang indah. Dgn sinaran ini jua memudahkan makhluk2 Allah dpt menjlnkan aktiviti malamnya. Teringat semasa sesi latihan Komander di UiTM, hanya berbekalkan cahaya bulan mencari tmpt pembaringan di hutan Gunung Senyum, Jerantut. Asyik menikmati bulan & mlm yg sunyi smpai terleka sehinggakan sekumpulan binatang berkaki pendek melepasi tmpt pmbaringanku, tetap diam membisu. Ada sekali kami melakukan aktiviti "Burung Hantu"; meninggalkan junior2 di tepi jalan & semak dgn jarak 5 meter setiap seorang. Tidak dibenarkn seorgpun mbawa torch light. Hanya cahaya bulan ini shj yg dpt membantu mereka. Walaupun aktiviti ini berisiko tinggi tetapi ia dpt melahirkan sifat berani dan kemampuan seseorg. Ini hanya sedikit rentetan peristiwa hidupku. Ada lebih byk lagi pelbagai kisah2 menarik yg bisa aku jadikan cerita kpd anak2 cucuku di kemudian hari in shaa Allah.


"Beauty is a form of genius ~ is higher, indeed, than genius, as it needs no explanation.  It is of the great facts in the world like sunlight, or springtime, or the reflection in dark water of that silver shell we call the moon" Oscar Wilde

No comments:

Post a Comment