Tatacara menghafal al-Quran (oleh Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali) untuk jangka masa panjang
adalah seperti berikut:
1) Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf. (Mesti 10 kali. Jangan baca 2 kali,
terus mahu mengulang. Cara ini salah. Ikut pesanan Sheikh dengan
membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat
mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu
kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan
tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan
sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali. Kemudian,
ulanginya tanpa melihat mushaf.
2) Kemudian, bacalah ayat dalam baris
kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Selepas itu, ulangi ayat
dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.
3) Setelah ayat dalam baris pertama dan
kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan
kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali. Selepas itu,
ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.
4) Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek. Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.
Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?
1) Ambil mushaf dan buka muka surat yang
sudah dihafal itu. Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan
melihat mushaf. Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris
berkenaan. Perbuatan begini, insyaALLAH akan
melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda. Anda tidak akan lupa,
insyaALLAH. Segala puji bagi ALLAH. Kenapa?
Kerana apabila anda membacanya sebanyak
20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat
tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda. InsyaALLAH ia akan melekat
kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.
[sumber: http://muzir.wordpress.com]
No comments:
Post a Comment