Kata hati tentang Ujian Allah
Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang
selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba
berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang
lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita
dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda
Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita
tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan. Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan
kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara
kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada
kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang
dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering
dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar
kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya. by Ustaz Pahrol Mohd. Juoi [http://genta-rasa.com/]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment