Alhamdulillah...syukur. Masih bernyawa utk meneruskan kehidupan. Layan tv astro drama 'Donut'. Baru ini ari tgk full drama (sblum ni hnya dgr2 cite je). Siapa pun dia yang Allah telah jadikan seorang LELAKI hanyalah manusia biasa. Mereka jg ada hati dan perasaan. Jgn beranggapan buruk hanya kerana mereka dilahirkan sebegitu. Pada hakikatnya mereka adalah golongan lelaki yg baik, memahami, bertanggungjawab, pembersih dan lain2 lg. Lelaki macho tak semestinya mantop sgt. Kdgkala menyakitkn hati & tak gentleman. No offense to others. Siapa pun mereka (Lelaki), Allah telah jadikan anda sebagai PEMIMPIN, laksanakanlah amanah Allah yg akan dipertanggungjawabkan kelak pada akhir zaman. Maksud firman Allah;
"Kaum lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita, oleh sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. ...Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). [An Nisa': 34]
Fitrah manusia yang asalnya dibekalkan Allah untuk memikul tanggungjawab khalifah dan hamba di muka bumi ada kalanya terhakis potensinya apabila dibiarkan kering kontang tanpa disirami keyakinan kepada-NYA. Sekiranya golongan ini dicemuh dan dikutuk atas zahirnya mereka adalah lelaki, sedikit sebanyak kita telah menyebabkan mereka lebih menjauhkan diri dan menjerumus ke arah aktiviti2 sosial yg tidak baik. Kemuliaan atau kehinaan ialah pilihan manusia. Allah SWT mengilhamkan pilihan kpd manusia dan dengan pilihan yg dibuat, hakikatnya manusia mengekalkan kemuliaan diri sbg hamba dan khalifah atau menghina dirinya sendiri ketika membuat pilihan yang silap. Maksud firman Allah;
"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya) secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." [Al Baqarah: 208]
Janganlah kita berprasangka buruk kepada mereka. Berbuatlah baik dan jalinkan ukhwah sesama Muslim dan kita jua haruslah memainkan peranan dalam menjaga keharmonian bermasyarakat. Ikutilah dan jadikan ajaran Rasulullah sbg panduan hidup kerana sesungguhnya ajaran mulia ini tidak akan masuk pada hati para pendengki dan hatinya masih dipenuhi syak wasangka kepada pencipta alam semesta, Allah SWT.
Sekian sahaja cerita ceriti kehidupan. Mohon maaf dan coretan ini tidak sedikitpun niat ingin menyakiti hati sesiapa. Yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri saya sendiri. Nasihat dan sekadar pandangan sambil mengingatkan kpd diri sy jua.
No comments:
Post a Comment