Menuju ke jalan kebenaran

Allah kurniakan mata untuk manusia supaya melihat, Allah ciptakan telinga untuk mendengar, dan Allah ciptakan otak untuk berfikir, sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait antara satu sama lain, bila melihat, lihatlah dengan mata hati dan sampaikan la ia ke otak, supaya ia dapat diolah dengan betul.  
Justeru sama-samalah kita betulkan niat, sucikan hati. Sedarlah, hidup di dunia ini hanya sementara tiada kekalnya. Bukalah minda dan hati agar jangan mudah dan terlalu seronok ditenggelamkan dengan kemewahan dan keseronokkan di dunia ini.Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Biarlah apapun yang manusia lain perkatakan,  kerana yang tahu nawaitu kita hanya Allah sahaja. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah, bukan manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat pakai tudung hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di sisi Allah.
Sesungguhnya semuanya adalah pinjaman Allah. Pinjaman bermaksud Allah boleh bagi dan Allah boleh tarik balik nikmat tersebut bila bila masa sahaja tanpa kita mengetahui dan menyedarinya. Saat kita diberi nikmat kepandaian, jangan lah kita gunakan ia kepada kesesatan. Jika sesat, sukar untuk kita jumpa jalan pulang, terus terjerumus dalam kesesatan melainkan Allah bagi hidayah.  Dan jangan lah sesama sekali kita riak,ujub,bangga dengan pinjaman Allah. Siapalah kita untuk duduk bangga. Kita hanya memiliki nikmat yang hanya akan hilang. Esok lusa Allah murka Allah tarik balik.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka sampaikan lah berita gembira kepada orang orang yang terasing itu."
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
Sesungguhnya apa yang baginda khabarkan kepada kita sememangnya betul. Cuba lihat sekarang dunia, mana satu lagi menjadi keutamaan? Duit ataupun agama? Tepuk dada tanya selera. [sumber: iluvislam.com]

No comments:

Post a Comment