Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku
gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat
dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki
itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai
Aba Ishak?”
Ibrahim bin
Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya
berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini
rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu
terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu
masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai
Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat
maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai
Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar
perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut
bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak..
[sumber: cahayapurnama.com]
Pengajaran dari kisah ini kita hendaklah sentasa mengawasi setiap saat perjalanan hidup kita
supaya kita tidak melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT.
Alangkah kerdilnya jiwa ini berbanding nikmat dan rahmat yang telah diberikan Allah SWT kepada kita, supaya kita sentiasa bersyukur dan patuh
segala perintah dan suruhan-Nya.
No comments:
Post a Comment