GANGGUAN tidur mempunyai ragam yang tersendiri dan perlu diwaspadai oleh
orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dikenal
pasti:
1. Delayed Sleep Phase Disorder - masalah ini ditandai dengan kesukaran
tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi.
Kebanyakan orang menganggap ia merupakan sesuatu yang normal tetapi dari
aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia
berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.
2. Insomnia - ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur, terutama di
malam hari. Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup seperti
stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.
3. Apnea tidur - biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang
mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat
saluran pernafasan tertutu, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru.
Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk
sepanjang hari.
4. Narcolepsy - merupakan gangguan neurologi yang disebabkan kurangnya
hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual tidur dan
bangun setiap hari. Narcolepsy akan membuat seseorang dapat tidur walau
di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda mengantuk
terlebih dahulu.
5. Restless Legs Syndrome - ia merupakan sebuah gangguan tidur yang
dirasakan pada kaki. Rasa tidak selesa dan nyaman ini seperti rasa
gatal dengan intensiti gerakan yang berbeza-beza, sering dirasai
menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.
6. Periodic Limb Movement Disorder - penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.
7. Sleep Walking - gangguan ini merupakan keadaan yang paling parah
ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang biasanya
dilakukan ketika di waktu jaga seperti berjalan, keluar rumah dan
lain-lain. Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah mereka
lakukan ketika sedang tidur ini.
[sumber: http://www.sinarharian.com.my]
No comments:
Post a Comment