"Ya Allah janganlah Kau bebankan kepada kami
beban yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang
sebelum kami.Ya Allah jangan Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak
sanggup kami memikulnya.Ampunilah kami dan rahmatilah kami,maka
tolonglah kami '' Al Baqarah:286
Aku hamba Allah yang serba
kurang yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Sebagai
hamba Nya aku tidak terlepas dari diuji oleh Nya setiap hari. Hati yang
lemah sering mempertikaikan kenapa 'aku' dan tidak orang lain. Ya Allah
alangkah tidak bersyukurnya aku sebagai hamba Mu bila mana aku
mempertikaikan ujian Mu terhadapku. Sedangkan Nabi lagi diuji ni kan aku
hanya hamba yang selemah-lemah makhluk ciptaanMu. Suka atau tidak, pasti
ujian itu akan hadir.
Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian. Itulah
hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Lain manusia lain
ujianNya. Itulah warna kehidupan. Susah itu ujian senang juga satu
ujian. Bujang itu ujian, perkahwinan juga satu ujian. Namun setakat mana
diriku menerima ujianMu Ya Allah. Seringkali diberi ujian diri ini
berlinang airmata. Perkataan 'kenapa' seringkali akan muncul
difikiran. Kenapa orang itu boleh bahagia dan kenapa aku kena
menangis. Hati ku terasa adil kah hidup ini untuk aku. Sayangkah Allah
kepadaku. Hati ku menjadi kelam Ya Allah kerana terlalu mempertikaikan
UjianMu.
Kadang aku jadi takut kerana ujianMu aku tewas dengan
persoalan diri sendiri. Aku takut dek kerana terlalu bersedih dengan
ujian Mu aku tidak nampak lagi rahmatMu. Ya Allah bantulah hambaMu
ini. Bantulah hambaMu ini belajar bahawa ujianMu itu tidak sia-sia. Ya aku harus belajar menerima hakikat apa yang Allah uji itu tidak
sia-sia. Allah tidak pernah menyingkirkan sesiapa pun termasuk diriku. Itulah
janji Allah. Dia tidak akan menguji hamba Nya dengan sia-sia. Apa pun
bentuk ujian Nya, Dia menjanjikan yang terbaik buat hambaNya.
Aku kena yakin bahawa Allah punya perancangan yang terbaik buat
hamba-hambaNya. Oleh itu aku mahu mula belajar menerima ujian itu dengan
sabar dan reda. Pasti linangan airmataku ada yang terbaik dari yang Maha
Esa. Memang mudah untuk menilai dan memperkatakan sesuatu, tapi amat
sukar untuk melalui. Tidak ramai yang mampu bertahan namun Ya Allah aku
mahu jadi hambaMu yang kuat dengan apa jua ujian Mu.
No comments:
Post a Comment