[Sumber: annehashim.com]
FAKTA #1: Ramai yang keliru antara kuruskan badan dengan hilangkan berat badan. Anda sebenarnya perlu hilangkan lemak dan bukan berat badan anda... Tak kisah jika berat badan anda sehingga 100kg pun tetapi jika anda slim dan solid ianya tak jadi masalah! Jika anda bersusah payah menghilangkan berat badan maka sebenarnya anda sibuk membuang air dari dalam badan anda sendiri... anda dehydrated tubuh anda sendiri dan ianya amat tak sihat untuk anda! | |
FAKTA #2: Diet Ekstrem Karbohidrat! Anda harus faham bahawa diet ekstrem karbohidrat ini bukan menguruskan anda TETAPI mencuri tenaga lebih dari lemak yang sepatutnya. Jika anda mengamalkannya anda akan hilang tenaga berlebihan dan yang paling tak bestnya adalah anda juga akan makan berlebihan bila perut anda dah memang tak boleh menahan lapar lagi! | |
FAKTA #3: Bersukan secara melampau. Tubuh anda akan terperanjat seandainya anda tiba-tiba bersukan atau melakukan aktiviti secara heavy dari biasa. Bangun dari tidur anda akan rasa sengal-sengal dan sakit sendi dan otot pula. Untuk kurus anda tak perlu melakukan aktiviti sukan melampau sehingga 3-4 jam sehari. Fuhhh!!! Atlit pun kalah! | |
FAKTA #4: Berlapar dari makan apa sahaja! Ini adalah tindakan yang kurang cerdik, bahaya dan tak berkesan pun! Andai kata anda berjaya kurus, anda akan kelihatan seperti mumia kerana anda kurang semua zat dari makanan yang sepatutnya tubuh anda miliki! Sedang anda berlapar sehingga lewat malam dan apabila anda masuk tidur dengan perut kosong asid perut anda pula akan menghakis perut anda... tambah pula lagi penyakit! DAN bukan ke anda menafikan nikmat makanan? | |
FAKTA #5: Join celebrity fitnes atau apa pun fitnes centre! Terus terang ianya adalah gaya dan cara hidup semata-mata. Hanya trend dan tidak langsung membantu anda untuk betul-betul menghapuskan masalah kegemukan anda. Tambahan pula beban yuran yang mahal untuk pendaftaran dan bulanan harus anda ambil kira. Jika anda yang dah sertai program ini ada ke selebriti yang bersenam di situ? Pemasaran semata-mata! |
No comments:
Post a Comment