MARSHAL berkereta di bahagikan kepada sepuluh (10) bahagian:
1. ZERO Marshal
2. CONTROL Marshal
3. KONVOI Marshal
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal
5. TEAM LEADER Marshal
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
7. Kereta Peserta
8. BACK MARKER Marshal
9. MEDIK Marshal
10. MEKANIK Marshal
ZERO MARSHAL
ZERO
bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. ZERO juga
mestilah kerapkali berkomunikasi dengan CONTROL, BM, SP, & HC untuk
mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. ZERO mestikan melaporkan
segala situasi traffic kepada CONTROL, BM, SP dan HC untuk mengambil
langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan.
ZERO mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada
CONTROL, SP, & HC untuk memastikan konvoi bergerak lancer.
Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong ZERO kecuali
diberi arahan sebaliknye.
CONTROL MARSHAL
CONTROL
adalah penolong kepada ZERO. CONTROL mestilah mengagihkan semua arahan
kepada TL. Jika ZERO tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan,
CONTROL mestilah mengambil alih tugas ZERO seperti yang diarahkan oleh
ZERO. CONTROL mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua TL untuk
berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta
berjaga-jaga.
KONVOI MARSHAL
Sentiasa
berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Menggunakan
hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead. Jika
Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan
kereta yang tidak berada di dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan
selamat di samping tidak menganggu konvoi. Hubungi kereta Lead jika
kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.
SWEEPER @ HOT CAR MARSHAL
SP/HC
– Bilangan kenderaan SP/HC bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi
dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari ZERO
dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat,
menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika
ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu
trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang
mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. SP/HC akan sentiasa
memberikan pertolongan kepada ZERO dengan memintas mana-mana kenderaan
untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada ZERO
bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya SP/HC dibenarkan untuk
berada dihadapan ZERO jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah
menberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi
demi menjalankan tugas mereka.
TL dipertugaskan untuk
memastikan semua ahli konvoi yang dipertanggungjawabkan menerima
arahan. TL hanya menerima arahan cari CONTROL.
ATL
dipertanggungjawabkan untuk membantu TL dalam menguruskan ahli
masing-masing. ATL hanya menerima arahan dari TL. Dalam keadaan yang
tidak dijangka, jika TL tidak dapat menjalankan tanggunjawab, ATL akan
mengambil alih tugas TL.
KERETA PESERTA
Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
Flash kan lampu jika ada kecemasan.
BACK MARKER MARSHAL
BM
adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM
tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi
kecuali SP atau HC. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku
di belakang kepada ZERO pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi
telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan
dalam barisan konvoi.
Ahli konvoi hanya akan menerima arahan
dari TL/ATL. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi,
CONTROL akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari ZERO.
Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada ZERO, CONTROL, BM
& SP/HC dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.
Sewaktu Perlepasan
Semua
kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai
permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai
minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula
dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang
awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa
untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli
yang dating lewat. Sila pastikan yang ada melapik perut anda sebelum
dating ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang
tenaga.
Semasa Konvoi
Kepada
semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah
sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau
tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada
untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi
mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini
adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah.
Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika
kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka
kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan
mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda
yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan
sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan
jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan
konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut.
Jika hendak membuat
perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda
hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan
konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda!
Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will
instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi.
Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda
berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa
ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa
bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi
masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki
posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan
tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di
posisi anda.
Peraturan² Di Jalanraya
Barisan
konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak
memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas.
Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya.
Memintas/Memotong Kenderaan
Hanya dibenarkan apabila diarahkan.
Memecut
Sentiasa
berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan
kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik.
Kenderaan
Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana,
setiap pemandu haruslah bertanggungjawab memastikan yang kenderaan
dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.
Tip untuk ZERO dan CONTROL
Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu.
Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan.
Jika
konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan
untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh
TL/ATL.
Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan pemunpangnye sekali.
Pemeriksaan kenderaan secara terperinci.
Mungkin
ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci
terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi
keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku
kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan
konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain.
Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang
serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan
semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka.
Ianye
amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar
kenderaan anda ke Pusat Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki
bahagian-bahagian yang perlu dia baiki.
Contohnye seperti:
1. Minyak enjin (Engine Oil)
2. Penapis minyak (Oil Filter)
3. Air bateri (Battery Fluid)
4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant)
5. Cecair Brek (Break Fluid)
6. Pelapik brek (Break Pad)
7. Pum Brek (Break Pump)
8. Disk brek (Disc Break)
9. Pum clutch (Clutch Pump)
10. Cecair Clutch (Clutch Fluid)
11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid)
12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt)
13. Penghawa dingin (Air-Condition)
14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid)
15. Tayar (Tyre)
16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure)
17. Tayar Sokongan (Spare Tyre)
18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp)
19. Lampu Belakang (Rear lamp)
20. Peti Kecemasan (First Aid Kit)
21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit)
22. Peralatan Sokongan (Standard Jack)
23. Bilah pengelap (Wiper Blade)
Kami
mengambil berat terharap senarai diatas dan di harap yang anda juga
ada membuat senarai anda sendiri sebelum pergi ke pusat servis. Anda
tidak akan dibenarkan untuk menyertai konvoi jika apa yang ada di
senaraikan diatas tidak memenuhi pihak pemeriksaan kenderaan.
[sumber: Malaysia Honda Stream Owners Club]
No comments:
Post a Comment