Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah
bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya,
melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan
sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”. Huraian Hadith:
-
Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.
-
Antara punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.
-
Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
-
Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.
-
Haram bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan
secara terus terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan
berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu
seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami.
-
Isteri tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin
suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang
berkenaan itu keluarga isteri sendiri.
-
Melakukan amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.
[sumber: www.islam.gov.my]
Ketenangan hidup seorang isteri itu hanya diperoleh jika melakukan sesuatu kerana Allah dan atas dasar kasih sayang, kerana sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya. Melakukan tanggungjawab bukannya semudah yang disangka, jgn berjanji tapi tidak mampu melakukan sesuatu. Kadang-kadang manusia selalu alpa dengan diri, dengan Allah. Tetapi sentiasa bertaubat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan juga suami. Semoga saya digolongkan di kalangan wanita solehah yang akan senantiasa menggembirakan suamiku, anak-anak dan keluargaku kelak..in shaa Allah.
#Mencari redha Illahi..."keep the faith"
No comments:
Post a Comment