Oleh kerana hidup di dunia ini hanya sementara sahaja, maka perlulah bagi seorang muslim untuk memperbanyakkan dan menyegerakan amal-amal ibadah dan memohon keampunan sebelum terlambat agar tergolong dalam golongan orang-orang yang betaqwa dan mendapat habuan Syurga di akhirat kelak.
Firman Allah SWT:
وَسَارِعُوا
إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan
dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran : Ayat 133)
Selain itu, nabi juga memerintahkan
agar segera berbuat kebaikan. Sebuah hadith daripada Abu Hurairah :
بَادِرُوا
بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا
كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا
أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ
الدُّنْيَا
Bermaksud : “Bersegeralah
kamu sekalian melakukan amal-amal kebaikan, kerana akan terjadi suatu bencana
yang menyerupai malam yang gelap gelita di mana ada seseorang beriman pada
waktu pagi dan pada waktu petang dia kafir, atau pada waktu petang dia beriman
pada waktu pagi dia kafir. Dia rela menukar agamanya dengan sedikit keuntungan
dunia.” (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment