Kita mulakan dengan sesuatu yang indah untuk dibicarakan tetapi bukan mudah untuk dilaksanakan. Kepada muslimah yang masih single (spt saya..ahaks!), mari kita dalami catatan ini dari seorang lelaki kepada sahabatnya yang lain. Mungkin boleh menjadi tips & panduan untuk anda semua...
~~~~~~~~
Penulis bersetuju dengan apa yang dibual dengan Ustaz Felix Siauw, untuk jadi matang kita perlu berumahtangga. Setidaknya kita akan lebih memahami wanita yang bak kata Dr Fadzilah Kamsah amat berbeza dengan lelaki. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian hidup. Islam menjelaskan tanggungjawab dan Islam juga menjelaskan tanggungjawab Islam. Tetapi bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga Islam jelaskan dalam bentuk manifestasi ketenangan dan kebahagiaan.
Syeikh Taqiyuddin Annabhani dalam kitab Nizhamul Ijtimaei fil Islam memetik beberapa ayat2 Al Quran untuk menjelaskan perkara ini. Antaranya surah An Naba' ayat 8:
" Kami telah menjadikan kalian berpasang-pasangan"
Selain itu dalam surah Rom ayat 21:
" Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari kalian sendiri supaya kalian CENDERUNG dan merasa TENTERAM kepadanya. Dia pun menjadikan antara kalian rasa belas kasih"
Memang fitrah manusia memerlukan teman hidup agar kita bersahabat dan berkasih sayang agar melahirkan rasa tenang dan bahagia. Ini manifestasi perkahwinan yang perlu kita fahami terutama sebagai suami. Bukan kita sahaja bahagia, tetapi isteri dan keluarga juga. Terdapat kekeliruan yang lahir akibat keterlaluan menafsir dalil yang menerangkan tanggungjawab isteri mentaati suami. Ia disalahfahami dengann melihat suami umpama raja hingga si isteri terpaksa menderita kononnya untuk taat.
Antara dalil yang biasa digunakan adalah hadith nabi
Dari Abu Hurairah:“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi,)
“Hendaklah para isteri menunaikan kehendak suaminya sekalipun ketika berada di atas belakang unta.”
Islam menekankan betapa pentingnya seorang isteri itu perlu taat kepada suami agar kebahagiaan bersama dapat dirasa. Dalam masa yang sama Islam juga menerangkan tanggungjawab suami sebagai pemimpin, memelihara nafkah dan berbuat baik kepada isteri.
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."(An Nisa' 34)
Dalam hadith riwayat At Tirmidzi:
"Sebaik-baik kami adalah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku"
Rumahtangga semoga dibangun atas kesedaran tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta manifestasi perkongsian hidup untuk mencapai rasa tenang dan bahagia.
Suatu perkongsian yang menarik sebagai penutup. Kajian yang dibuat Universiti Perubatan Vienna menujukkan perlakuan kasih sayang seperti pelukan dan kucupan akan melegakan stress, menguatkan antibodi dan memory kesan dari hormon oxytocin. Jadi kepada yang bujang jangan tunggu lama-lama dan jadilah suami yang membahagiakan pasangan anda.
[sumber: jemaah-islam.blogspot.com]
No comments:
Post a Comment