Marilah kita bersungguh-sungguh lagi membaiki diri. Betulkan lagi sembahyang dan bersihkan lagi mazmumah hati. Bagi para pejuang, sembahyang malam jangan ditinggalkan seolah-olahnya wajib. Lipat gandakan tenaga, banyakkan lagi pengorbanan apa sahaja. Jadikan Ikhwan sebagai saudara seibu sebapa. Fahamkan lagi minda dan hayati hingga jadi jati diri. Agar layak kita akan menerima Daulah tidak lama lagi. Patutnya kita berebut-rebut menerima peluang ini. Dengan mendekati Allah Taala setiap hari. Peluang ini bukan datang selalu di dalam sejarah. Ia adalah beratus-ratus tahun sekali. Awal kurun ini adalah rezeki kita yang kita tidak pinta. Sepatutnya kita tidak mengabaikan peluang ini. Kalau kita boleh memenuhi syarat-syaratnya kita termasuk orang yang menempa sejarah. Sejarah indah, Zaman Kegemilangan Islam Kali Kedua. Di dunia kita mendapat hadiah Daulah. Di Akhirat kita dapat masuk Syurga. Ingat-ingatkan sekali anak isteri kita. Agar sama-sama menunggu kedatangan kegemilangan Islam kali kedua. Dengan ikut serta membaiki diri. Sembahyang malam jadikan tradisi. Ikut serta berkorban habis-habisan apa yang ada. Demi mencukupkan syarat layak menerima Daulah yang dijanji.
- SAJAK NUKILAN ABUYA 10 Oktober 1999
No comments:
Post a Comment