1. Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar: "Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur." (surah Al-imran: 17)
2. Menyendiri untuk bertafakkur: "Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi." (surah Al-imran: 191)
3. Menjalin hubungan dengan orang soleh: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka." (surah Al-kahfi: 28)
4. Berzikir: "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya." (surah Al-Ahzab: 41)
5. Sembahyag dua rakaat dengan khusyuk: "Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (surah Al-mukminun: 2)
6. Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan: "Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran?" (surah An-nisa': 82)
7. Berpuasa pada hari yang sangat panas: "Meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku." (Hadis nabi)
8. Bersedekah secara sembunyi-sembunyi: "Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya." (Hadis nabi)
9. Meringankan beban seorang islam: "Sesiapa yang meringankan kesusahan yang dialami seorang islam di dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan pada hari kiamat." (Hadis nabi)
10. Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana: "Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la: 17)
Imam Al Ghazali, orang tua dan kiblat segala tabib jiwa berpendapat bahawa: "Bahagia dan kelazatan yang sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah".
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
[sumber: farhan812812.blogspot]
No comments:
Post a Comment