INFO: VITAMIN B17 (BIJI APRIKOT)

Vitamin B17 dikatakan mampu merawat & mencegah kanser. Bagi sesetengah individu agak sukar untuk mempercayainya. Namun, sebenarnya Vitamin B17 ini telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser.Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya Biji Aprikot.Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini tidak suka kepada rasa yang agak pahit seperti  Vitamin B17 yang rasanya agak pahit tetapi sebenarnya amat berkesan untuk mencegah kanser.
Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan seorang pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs pada tahun 1950 telah berjaya mencungkil rahsia kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser. Beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia berkata: "Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser."Pakar Kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata: "Di Bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali."
Daripada penyelidikan, Biji Aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser, sihat dan lanjut usia sehingga mencecah lebih 120 tahun.
Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran kehidupan yang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, kesan daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi Vitamin B17.
[sumber: bijiaprikot.com]

No comments:

Post a Comment