“Wahai orang-orang
Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)
Dari
segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata
dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat
atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di
Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari
segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:
"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang
lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah
al-Maa’idah:50)
Manusia jahil adalah manusia yang rugi dunia,merana di akhirat.Ramai
manusia jahil namun tidak sedar diri mereka jahil.Antara ciri manusia
jahil adalah suka buruk sangka. Contohnya :
* Orang yg suka beribadah disangka riak
* Orang yg suka rileks disangka malas
* Orang yg suka pakai baju baru disangka suka menunjuk2
* Orang yg suka pakai baju lama disangka zuhud
* Orang yg suka makan banyak disangka lahap
* Orang yg makan sikit disangka diet
* Orang yg baik disangka buruk
* Orang yg buruk disangka baik
* Orang yg senyum disangka mengejek
* Orang yg masam disangka merajuk
* Orang yg bermuzakarah disangka mengumpat
* Orang yg diam disangka menyendiri
* Orang yg nampak menawan disangka pakai susuk
* Orang yg nampak ceria disangka bela hantu
Itulah antara contoh manusia yang suka berprasangka buruk.Prasangka buruk adalah sifat mazmumah dan tercela.
Tiga
perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad
dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang
boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang
perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu
bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila
kamu menganggap sial berlaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( Hadis
daif riwayat Imam Thabrani)
“Dan
janganlah Engkau mengikut apa Yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang
dilakukannya.” (Al-Isra : 36)
Bersangka
baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu menguntungkan semua
pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan
sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama
Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada
orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristighfar kepada
Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya.
Manusia
yang suka bersangka buruk adalah manusia JAHIL walaupun mereka memakai
jubah atau kot.Siapa pun manusia,jika bersangka buruk,mereka adalah
manusia JAHIL.
[sumber: mahatera.blogspot]
No comments:
Post a Comment