Pengarah: Danny Boyle
Penulis: Danny Boyle, Simon Beaufo
Pelakon: James Franco, Amber Tamblyn dan Kate Mara
127 Hours adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang jurutera, Aron Ralston yang sangat obses dengan aktiviti-akvtiviti outdoor. Dia menjadi sangat popular kerana dapat meloloskan diri dari sebuah gaung terpencil yang terletak di Taman Negara Canyonland, Utah setelah terperangkap seorang diri selama lebih lima hari. Namun bukan kerana kejayaannya meloloskan diri semata-mata lalu namanya menjadi sebutan, tetapi tentang sebuah kisah seorang manusia yang memilih jalan untuk memotong tangannya sendiri demi meneruskan hidup.

Ketika Ralston sedang meninjau-ninjau dari sebuah puncak, dia terlihat dua pendaki wanita yang kelihatan seperti terpinga-pinga mencari jalan. Dia kemudian bercadang menegur mereka dan ternyata, kedua-dua pendaki itu sesat. Ralston menawarkan diri untuk menunjukkan jalan sekaligus membawa mereka ke sebuah kolam di bawah tanah. Kemuncak keseronokan di kolam tersebut adalah apabila mereka melakukan terjunan dari celah-celah gaung dan menjunam masuk ke kolam biru yang sangat cantik.

Ralston terkedu seketika dan tangannya masih dihempap. Dia cuba menarik tangannya, tetapi tidak boleh. Dia cuba pula untuk mengangkat batu tersebut, tetapi gagal juga. Dia cuba menenangkan diri dengan mengeluarkan segala peralatan yang dibawa seperti tali statik, tali sling, carabina, harness, botol air, pisau serbaguna, lampu kepala, kamera video dan beberapa pek makanan.

Ralston hampir putus asa, dan kembali menatap kamera video yang terpasang dari tadi. Dia terkedu seketika dan menekan punat ‘rewind’ pada kamera videonya dan beberapa saat kemudian dia menekan punat ‘play’ pula. Saat menonton kembali babak-babak cemas dirinya sendiri, dia kemudian tersedar sesuatu bahawa dia hampir hilang arah, hampir putus asa. Tersedar dari lamunan seketika, dia kembali berbisik pada dirinya sendiri supaya dia tidak boleh berputus asa. Masih ada harapan untuk melepaskan diri. Dia perlu ‘survive’!

Hari berikutnya, Ralston kembali mencari jalan membebaskan tangannya dari batu tersebut. Pelbagai cara dia lakukan namun kesemuanya menemukan jalan buntu. Bekalan air juga semakin berkurang. Masuk hari ketiga dan keempat, Ralston terpaksa ‘survive’ dengan meminum air kencingnya sendiri.
Saat dia keseorangan dalam keadaan tidak bermaya, dia mula teringatkan segala kecuaian dan kesilapannya. Dia berasa terkilan kerana tidak menjumpai pisau Swiss Army ketika bersiap-siap untuk ke Blue John Canyon. Dia juga teringatkan air Gatorade yang ditinggalkannya di dalam trak dan berasa menyesal kerana panggilan ibunya yang tidak dijawab sebelum ke Blue John Canyon.
Ralston terus berusaha, dia cuba untuk memotong tangannya tetapi agak sukar kerana mata pisau yang tumpul. Saat dia cuba ‘survive’, beberapa kali dia terbayangkan tentang keluarganya, kekasihnya dan rakan-rakannya. Dia juga cuba menghiburkan dirinya sendiri dengan bercakap seorang diri di hadapan kamera video.
Apabila masuk hari kelima, keadaan makin terdesak. Ralston sudah kahabisan sumber untuk membantunya meneruskan hidup. Saat itu dia nekad untuk mematahkan tulang tangannya sendiri. Kemudian dia membenamkan pisau yang tumpul ke lengannya dan cuba mengoyak luka yang dalam itu dengan sebelah tangan lagi. Babak ini sangat mengerikan, ia tiba di kemuncak apabila Ralston menggunakan playar yang terdapat pada pisau serbagunanya yang tumpul untuk memotong tendon dan urat sarafnya. Sangat ngilu, ditambah pula dengan efek bunyi yang berdesing mengilukan.

Filem ini tamat dengan babak Ralston yang terserempak dengan sebuah keluarga yang sedang berjalan keluar dari kawasan Blue John Canyon itu. Dengan bantuan beberapa pendaki lain yang datang kemudiannya, Ralston kemudian dibawa keluar dengan bantuan helikopter.
Tragedi pada tahun 2003 ini telah tersebar dengan luas di seluruh pelusuk dunia sehinggakan kisah Ralston menjadi berita utama di beberapa dada akhbar. Ia menjadi persoalan kepada ramai orang di luar sana, adakah anda mampu lakukan seperti apa yang Ralston telah lakukan? Ketika mengahadapi saat-saat genting sehingga ia kelihatan begitu mustahil untuk ‘survive’, mampukah anda fikirkan perkara yang tak terfikirkan?
Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 Februari nanti. Kalau dah tak sabar untuk menonton, anda boleh cari saja filem ini dan muat turun, atau mungkin boleh menontonnya secara online di sini.
Selamat menonton!
Wajah sebenar Aron Ralston
[sumber: travelog-aiesha.blogspot.com]
~ Entri kali ini ditujukan khas kepada rakan-rakan Kinabalu Quest yang akan membuat pendakian pada 1 hingga 4 oktober 2013. Pemilihan utama yang berdasarkan kepada markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) staf dan komitmen semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Urusetia. Kepada yang terpilih, Tahniah! Rakan-rakan yang tidak terpilih, jangan berputus asa. Ini merupakan cabaran dan motivasi kepada kita semua supaya lebih berusaha dalam meningkatkan dan memperbaiki mutu kerja serta hubungan kita dengan Allah, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Sentiasa mengingati Allah kerana ini ketentuan dari-NYA menentukan takdir kehidupan seharian kita. Perjuangan ini belum selesai lagi, jom kita teruskan pendakian di gunung-gunung lain di Malaysia. Jangan berputus harap sahabat, janganlah kecewa. Kalau ada rezeki, in shaa Allah akan ada projek Kinabalu Quest ke-2 tahun hadapan. Doa dan terus berdoa..
Ikhlas dari hati....
No comments:
Post a Comment