RAKYAT Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi. Pelbagai perhimpunan telah diadakan di Malaysia bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri. Tindakan tentera yang membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. Mulai malam tadi sehingga beberapa hari ini pelajar kita di Mesir telah dihantar balik semula ke Malaysia secara berperingkat dan Kerajaan sedang mengatur semula agar pengajian mereka diteruskan di negara-negara lain yang aman seperti Indonesia. Berikut adalah maklumat yang telah saya kumpulkan beberapa blogger dan akhbar Malaysia berkenaan pergolakan dan kekejaman yang berlaku di bumi Syria dan Mesir. Semoga perkongsian ini dapat memberi lebih banyak kesedaran kepada diri kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Kisah menyayat hati di SYRIA..
Kita telah dikejutkan dengan berita kekejaman yang berlaku pada 21 Ogos 2013, jam 3.00 pagi di mana rakyat di pinggir bandar Damsyik iaitu Ghoutoh (Ain Tarma, Zamalka dan Mouadamieh) Syria telah menerima serangan dipercayai gas saraf yang telah dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa . Lebih 482 orang telah maut dan beberapa kematian telah direkodkan oleh pusat-pusat rawatan dan hospital. Kebanyakkan yang meninggal dunia adalah wanita dan kanak-kanak dan dijangka angka kematian akan lebih meningkat lagi. Tragedi terbaharu itu merupakan insiden terburuk sejarah kemanusiaan berhubung penggunaan senjata kimia dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama dua tahun di Syria. Walau bagaimanapun tentera SYRIA menafikan penggunaan gas di perkampungan tersebut.
Di manakah nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kita sebagai manusia?? Sanggup untuk membunuh sesama sendiri hanya menegakkan pegangan agama yang ternyata terpesong.
Menurut Wikipedia ~ Nilai kemanusiaan adalah salah satu dari lima nilai Moral Islam. Setiap jiwa layak dihargai dan tidak boleh dihilangkan secara semena-mena. Islam mengatur bagaimana menghargai jiwa manusia pada masa perang maupun pada masa damai (hukum pidana). Nilai ini diberi nama Hayat meminjam istilah dalam surat Al-Baqarah 2:179 "Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup (hayat) bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa."
Kisah pergolakan di bumi Mesir...
Utusan Malaysia 20 Ogos 2013; menurut AGENSI/AFP telah melaporkan bahawa tunjuk perasaan antirampasan kuasa kembali diadakan di Mesir ketika gesaan dibuat supaya siasatan antarabangsa dijalankan berhubung kematian 36 penunjuk perasaan dalam tahanan pasukan keselamatan. Tunjuk perasaan itu diadakan di beberapa kawasan termasuk Helwan di Kaherah, Assiut, Zagazig dan Gharbia, petang semalam.
Anggota tentera dan kereta perisai turut ditempatkan di Kaherah untuk mengawal bangunan-bangunan kerajaan. Tunjuk perasaan berlaku beberapa jam selepas Perikatan Antirampasan Kuasa, termasuk Ikhwanul Muslimin, menuntut siasatan rasmi dibuat ke atas kematian 36 lelaki yang sedang diangkut dalam trak polis untuk dipindahkan ke penjara lain.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon semalam turut menggesa 'siasatan penuh' dijalankan ekoran insiden itu. Beliau menyuarakan rasa kecewa dengan laporan kematian tahanan itu, menurut jurucakap Ki-monn, Martin Nesirky.
Sementara itu, seorang wartawan rakyat Mesir yang bekerja dengan akhbar al-Ahram ditembak mati oleh pasukan keselamatan di Delta Nil, malam tadi. Ketua Biro Tamer Abdel Raouf ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat dengan gabenor wilayah Beheira, beberapa jam selepas bermulanya perintah berkurung pada pukul 7 petang waktu tempatan. Seorang lagi wartawan bersama mangsa, Hamed El-Barbary dari akhbar al-Gomhuriya turut cedera dalam insiden itu. Wartawan secara rasminya dikecualikan daripada perintah berkurung, tetapi sumber keselamatan di Mesir mendakwa, kenderaan mangsa tidak mengendahkan arahan berhenti.
Peristiwa "Jumaat Kemarahan" pada 16 Ogos 2013 yang dipimpin oleh tiga tokoh asyarakat iaitu Dr.Salim Ewa (bekas calon Presiden Mesir), Syeikh Husin Yaakub (Ahli Majlis Syura Ulamak-Salafi) dan Zakaria Abdul Aziz (hakim, bekas Presiden Kelab Hakim Mesir) dilaporkan memimpin perarakan yang disusun oleh Gerakan Kerjasama Kebangsaan di 28 buah ‘check point’ di wilayah Kaherah dan Giza. 28 perarakan ini kesemuanya akan berkumpul di lokasi baru iaitu dataran Ramsis. Ia sebagai ganti kepada Raba’ah dan Nahdhah yang kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan selepas diranapkan dalam operasi dua hari lalu. Ramsis terletak di pusat bandar, hanya beberapa kilometer dari dataran Tahrir. Di Ramsis juga terletaknya stesen kereta api yang menghubungkan antara wilayah dan pengangkutan awam lain. Di dataran tersebut, terdapat sebuah masjid utama yang dinamakan Masjid Al-Fath. Angka korban himpunan “Jumaat Kemarahan” rakyat Mesir adalah lebih 213 orang syahid dan 2700 orang lagi cedera menjadikan angka korban keseluruhan meningkat lebih daripada 3 ribu. Sementara di beberapa wilayah yang lain, polis dan tentera dibantu oleh militia samseng turut membunuh orang awam. Antaranya di Iskandariah, Kafr Sheikh, Port Said dan Ismailiyyah. Beberapa kematian juga dicatatkan.
Tentera dan polis sedang melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap ahli-ahli gerakan IM dan gerakan Islam yang lain seluruh negara Mesir. Terbaru Penangkapan Dr Muhammad Badie (Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin) di rumah beliau semalam. Tempoh tahanan kepada Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi dilanjutkan kepada 15 hari lagi atas dakwaan menggalakkan keganasan dalam peristiwa di Istana Presiden, Istana Ittahidiah beberapa bulan lalu.
Dalam masa yang sama Setiausaha Agung Parti Kebebasan dan Keadilan di Port Said, Ir Muhammad Zakaria bersama 6 lagi pimpinan Ikhwan Muslimin telah ditahan reman selama 15 hari untuk siasatan.
Jika Ikhwan Muslimin diharamkan oleh pemerintah Mesir ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu atau lebih tepat pada tahun 1948, apabila kerajaan Mesir mengistiharkan “Perang Terbuka” terhadap Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin dibubarkan dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan ditutup. Seramai 4,000 ahli Ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Kemuncaknya Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat.
Kemudian pada 1954, Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dalam pakatan mahu membunuh Jamal Nasser. Akibatnya beribu-ribu anggotanya ditangkap. Enam orang dihukum gantung. Mereka dituduh perubuhan pengganas. Mereka terus bergerak sehingga pada tahun 1961, sekali lagi Ikhwan Muslimin dituduh sebagai penyebab kegagalan dan kemunduran Negara Mesir. Tekanan terus dikenakan pada tahun 1965 dan 1981. Ramai pemimpinnya ditangkap, di hukum penjara malah dihukum gantung. Walaupun beberapa kali ditekan Ikhwan Muslimin terus bergerak sehingga pengaruhnya tersebar keseluruh pelusuk dunia. Cawangan Ikhwan Muslimin ditubuhkan Negara-negara Arab, Turki, India, Pakistan Bangladesh, di Malaysia, Indonesia, Palestin dan banyak Negara lagi.
Benih yang disemai oleh Hasan Al Banna itu sudah bercambah dan tidak dapat dihapuskan kerana doktrin Ikhwan Muslimin ialah:
“Allah adalah objektif kami. Nabi adalah pemimpin kami. Quran adalah undang-undang kami. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah adalah matlamat kami.”
Hasan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 bertujuan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial. Setiap anggota diminta melakukan baiah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara sekalipun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, di samping meletakkan kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap pemimpin mereka, selama sejalan dengan Alquran dan Sunnah. Mereka diminta melaksanakan beberapa amalan termasuk hafalan Al-Quran, sembahyang berjamaah, serta berbagai pelajaran agama dan sebagainya.
Kalam Pejuang As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :
“Kami mengajak Anda kepada ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini Anda anggap politik, maka inilah politik yang kami perjuangkan.”
-----------------------------------
Kalau dilihat dari segi zahirnya kedua-dua pergolakan di Syria dan Mesir yang mengakibatkan peperangan tercetus adalah berpunca dari perselisihan faham pegangan agama masyarakat itu sendiri iaitu antara fahaman SYIAH dan SUNNI. Fahaman syiah ini telah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai hamba Allah, saya terpanggil untuk bersama-sama menyebarkan tentang bahayanya fahaman ini yang benar-benar sesat, menyesatkan dan boleh memecah-belahkan umat Islam, maka dengan ‘inayah Allah jua saya dengan rasa tanggungjawab dan hati yang ikhlas in shaa Allah saya akan berusaha sedaya untuk sama-sama menyebarkan usaha ulama' dan ilmuan Agama di Malaysia yang menyekat dan membenteras fahaman sesat ini supaya tidak tersebar di kalangan umat Islam yang berakidah Ahli Sunnah wal-Jamaah walau di mana saja mereka berada.
Nantikan entri saya selepas ini berkenaan fahaman SYIAH. Sama-sama lah kita muhasabah diri dan kembali ke jalan kebenaran sekiranya telah terpesong menerima fahaman sesat ini. Semoga Allah membukakan hati kita menerima ilmu dan sebaran maklumat yang jelas dan sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan kehidupan kita di muka bumi ini. Yang baik itu sesungguhnya dari Allah SWT, keburukan itu dari kesilapan diri saya sendiri.. wallahualam..
No comments:
Post a Comment