Part 5: Suka Duka Gerakan Islam "Ikhwanul Muslimin"

Percubaan untuk menbunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December 1954, menjadi alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan untuk menghancurkan Ikhwan al Muslimin. Ikhwan telah dituduh melakukan penembakan itu walaupun Ikhwan berkali-kali menafikannya. Beribu-ribu anggota Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan 6 orang telah digantung hingga mati. Protes dari dunia Islam tidak dilayan langsung. 12 tahun selepas peristiwa itu, iaitu pada tahun 1961, al Ikhwanul Muslimin telah difitnah sekali lagi sebagai penyebab kepada kegagalan dan kemunduran negara. Akhirnya Presiden Nasser telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang penting untuk 'menghapuskan pengaruh gerakan apa yang dipanggil reaksionari Ikhwanul Muslimin'.

Beliau (Gamal Abdul Nasser) telah mencadangkan supaya kuasa ketenteraan dan undang-undang digunakan untuk menghancurkan Harakah Islam ini. Sebahagian dari cadangan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas itu telah disiarkan dalam AnNadwa, Mekah seperti berikut :

1. Mata Pelajaran Deeniyah (agama) mestilah dibuang terus dari sukatan pelajaran di Institusi Pengajian di seluruh negara. Semuanya itu akan digantikan dengan kurikulum baru berdasarkan prinsip sosialisma.

2. Komunis mestilah dibantu dan diberi peluang yang luas untuk menghancurkan agama supaya martabat mereka yang berugamaa di Mesir hancur. Tanggungjawab ini diberikan kepada kerajaan yang akan mengizinkan komunis menjalankan aktiviti anti agamanya dengan selantang-lantangnya. Sementara itu agama akan ditindas dari sebarang peluang untuk bergerak.

3. Selepas kita mengkaji dengan dengan mendalam tentang mereka yang tidak terikat dengan Ikhwan tetapi memainkan peranan yang sama dengan Ikhwan, kita merumuskan bahawa kedua-dua kumpulan pendakyah-pendakyah ini bersatu dari segi fikrah dan amalannya. Oleh itu kedua kumpulan ini mestilah dipisahkan dan pertalian mereka diputuskan. Kalau tidak, harinya tidak akan lama di mana mereka akan berganding bahu untuk memberontak menentang kerajaan secara terbuka. Pada masa itu kita akan susah untuk membezakan antara satu dengan yang lain. Adalah wajar kalau kita elakkan bahaya ini dengan menganggap bahawa kedua kumpulan itu adalah sama. Semua ruang untuk perkembangan mereka serta peluang bagi aktiviti intelektual dan praktikal mereka mestilah dihalang. Penyiasatan yang rapi hendaklah dijalankan bagi mengetahui berkenaan dengan perjumpaan dan hubungan mereka antara satu sama lain. Semua ahli ibadat dari sebarang agama mestilah diharamkan dari menjadi ahli sebarang organisasi. Mereka hendaklah juga diharamkan dari tempat-tempat awam, propaganda kebangsaan dan keramaian-keramaian negara.

4. Ikhwan dan simpati-simpatinya mestilah ditindas berterusan serta dipenjarakan. Semua usaha untuk menjaga keselamatan harta benda mereka hendaklah ditarik balik dan diumumkan bahawa keselamatan mereka pun tidak akan dijamin. Berbagai-bagai penyiksaan, penghinaan dan penindasan mestilah
dilakukan ke atas mereka supaya mereka tidak akan merasa senang walaupun sesaat.

Akibat dari polisi ini, beribu-ribu Ikhwan termasuk Muslimat ditangkap dengan tidak ada peluang membela diri dan mereka diazab dengan penyiksaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hassan Ismail Hudaybi, seorang hakim dan ulamak terkenal yang menggantikan Hassan al Banna debagai Ketua Penasihat Ikhwan telah disiksa walaupun umurnya sudah tua dan uzur. Pada 29hb. Ogos, 1966 tiga orang pemimpin Ikhwan telah dihukum bunuh. Yang paling terkenal di antara tiga itu ialah Ash-Shaheed Sayyid Qutb yang juga seorang ulamak dan penulis terkenal di dunia Arab. Adiknya Muhammad Qutb yang juga seorang penulis yang terkenal. Dua orang adik perempuannya, Aminah dan Hamidah Qutb pun turut dikurung dalam penjara bertahun-tahun lamanya.

Beberapa tahun dahulu. Sheikh Hassan al Banna telah meramalkan mala petaka ini dan memberi amaran kepada pengikut-pengikutnya bahawa Ikhwanul Muslimin akan dihina, ditentang, ditahan, dianiaya, disiksa dan akan dikenakan kesusahan yang amat pahit. Sementara itu beliau berjanji bahawa kemenangan di dunia dan di akhirat akan tetap bersama Ikhwan akhirnya.  Walaupun Ikhwan al Muslimin ditindas di negaranya sendiri, Ikhwan di Syria, Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. 

Di Geneva, Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan al Banna dan menyibarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Beliau keluar dari Mesir apabila beliau dijatuhkan hukuman bunuh oleh kerajaan Mesir. "Adalah salah kalau kita menganggap prinsip perjuangan Ikhwanul Muslimin telah mati. Penulis rencana ini telah pergi ke Mesir dan Syria serta melihat dengan mata kepalanya sendiri kesan dari harakah ini di sana. Kehilangan sementara harakah dari masyarakat kerana situasi tertentu, tidak bermakna ianya telah mati. Pergerakan berideologi tidak mati dengan cara ini. Mesejnya masih terus berkembang di semua lapangan hidup termasuk intelektual, sosial dan kebudayaan. Malah prinsip perjuangan Ikhwan subur dan menjelajahi tanah-tanah baru. Apabila sekatan yang dikenakan oleh penzalim diturunkan, Ikhwan InsyaAllah akan muncul dengan lebih gagah dan bersemangat. Inilah keadaan Ikhwan yang sebenarnya. Tetapi, apakah yang telah berlaku kepada Parti Sekular di Mesir ? Di manakah perginya Wafd Party sekarang ? Ke manakah juga perginya Sa'adist Party ? Saya harap cerdik pandai dapat pergi ke Mesir dan mengkaji sendiri keadaan di sana. Apabila berlakunya penindasan dari regim pemerintah, pergerakan manakah yang lebih gigih menghadapinya ?

[sumber: nowwhytwo.wordpress.com ~ penulis: Maryam Jameela dgn Terjemahan: Nazri Mohd. Amin]

No comments:

Post a Comment