Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat. |
Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
|
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria. Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid. |
Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut. |
Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.
|
Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.
Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)
[sumber: sabah.edu.my]
|
No comments:
Post a Comment