Cara Menukar Kalendar Masihi ke Tarikh Hijrah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ramai yang masih tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar mereka dilahirkan dalam bulan Islam / Hijrah kerana kebanyakan dari kita hanya mengambil tahu tentang hari kelahiran menggunakan kalendar masihi sahaja dan cuma segelintir dari kalangan kita sahaja yang tahu bila sebenarnya tarikh lahir mereka mengikut kalendar Hijrah Islam.

Tidak kurang juga ada yang bersedih dalam bulan Februari ini terutama mereka yang dilahirkan pada 29 Feb… kononnya hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran 4 tahun sekali. Masalah ini boleh di selesaikan melalui Takwim Islam iaitu kiraan tarikh berdasarkan peredaran bulan (Qamariah).

Terdapat suatu perisian mudah dari web Islamicity bagi menukarkan sesuatu tarikhdaripada Kalendar Masihi kepada Kalendar Hijrah. ‘Converter’ ini memboleh dan memudahkan antum ketahui tarikh lahir dan juga mengesan tarikh2 yang penting ke dalam bulan Islam / Hijrah. Antaranya :~

Tarikh kelahiran ahli keluarga
Tarikh kelahiran kenalan
Tarikh pertunangan
Tarikh pernikahan
Tarikh perkhwinan
Tarikh perkhwinan
Tarikh pindah rumah
Tarikh kematian dsb.

Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah

Bagaimana untuk mengetahui bilakah tarikh2 tersebut mengikut kalendar Hijrah? Jom kita tengok bersama. Antum cuma perlu klik pada link/pautan di bawah ini :~

Klik Di Sini atau pada gambar berikut:~



Bagi mengelakkan kekeliruan dengan nama-nama bulan, rajah berikut boeh dijadikan panduan:

Bulan Hijriah

.

Selamat mencuba!!

Berbeza
Ada kalanya terjumpa tarikh Hijrah yang berbeza atau berselisih satu hari di antara sesuatu laman web dan jangan terkeliru kerana ia dikira berdasarkan ‘Hilal’ di tempat masing-masing. Contohnya akhir Ramadhan di Malaysia jatuh pada 29 Ramadhan, tetapi bagi tahun tersebut jika disemak di internet kemungkinan di negara Asia Barat tarikhnya sehingga 30 Ramadhan dan kekadang terjadi sebaliknya.

Tanggungjawab

Sesetengahnya begitu teruja kerana rupa-rupanya baru tahu mereka dilahirkan dalam bulan mulia iaitu pada bulan Syawal atau Ramadhan. Bagi yang menghargai, tentu rasa terharu bagaimana pengorbanan seorang ibu beraya di hospital atau dalam keadaan berpantang melahirkan antum…

Sekiranya terdapat ibu yang sedang uzur atau telah meninggal dunia, risik-risiklah pada saudara-mara kerabat terdekat sama ada sudah diqadha puasa dan di bayar fidyahnya. Jika belum, maka sebagai anak dan kini setelah besar panjang dengan kedudukan kerjaya dan ekonomi yang baik, adalah menjadi tanggung jawab antum semua melunaskannya bagi menyempurnakan amal ibadah mereka yang tertangguh.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

“Apabila meninggal seseorang anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
[sumber: shafiqolbu.wordpress.com]

No comments:

Post a Comment