MAHABBAH ''Maksudnya cinta dan kasih sayang '' tapi lebih indah jika kita menghayati ...maksud:
~ mahabatullah (mencintai Allah)
~ AL-MAHABBAH (cinta)
Ada 3 fasa dalam mendapat rasa cinta kepada Allah, ataupun mahabbah...
Pertama, Ma’rifatullah ( Mengenali Allah SWT)
Kedua, Thoatullah ( Mentaati Allah SWT)
Ketiga, Mahabatullah (Mencintai Allah)
Menurut riwayat, mahabbah berasal dari kata habbab yang bererti benih-benih yang jatuh ke bumi di padang pasir. Sebutan hubb diertikan demikian kerana cinta adalah sumber kehidupan, sebagaimana benih yang merupakan asal mula tanaman. Benih disebarkan di gurun pasir, tersembnyi di bumi, hujan pun turun, matahari menyinari bumi. Namun, benih tersebut tidak rosak oleh perubahan musim, malah tumbuh, berbunga dan memberikan buah. Demikian juga cinta, bilamana ia hadir dalam hati seseorang, ia tidak akan rosak oleh kehadiran dan ketidakhadiran, oleh senang atau susah, oleh perpisahan atau kesatuan.
Mahabbah dapat pula diambil dari kata hubb yang bererti sebuah tempayan yang penuh dengan air tenang, kerana cinta yang telah terpadu dalam hati dan memenuhi hati, di situ tidak ada lagi ruang bagi pemikiran selain yang dicinta. Makna lain mahabbah, diambil dari kata hubb yang bererti empat keping kayu penyangga pada air, kerana sebagai pencinta dengan suka hati menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya, berkenan atau tidak, susah ataupun senang.
Di samping itu, hubb dapat juga diertikan dengan gelembung-gelembung air dan luapannya di waktu hujan lebat, kerana cinta merupakan luapan hati yang menundukkan kesatuan dengan kekasih. Makna demikian diambil dari mahabbah yang diturunkan dari kata hubbab. Hubb juga dijadikan sebagai sebutan cinta murni.Cinta adalah fitrah alamiah manusia. Atas dasar ini kita melihat bahawa setiap manusia tertarik pada anggota2 lain di antara jenisnya dengan suatu kekuatan batin. Sebagaimana sukar untuk mentakrifkan cinta, apalagi jika dikaitkan pada hubb Al-Ilahi, yang mempunyai makna yang luas, tidak hanya cinta sesama manusia, tetapi cinta kepada Tuhan, Allah s.w.t. untuk mengetahui adanya cinta, maka dapat dilihat dari tanda-tandanya.
R.A Nicholson menyebutkan bahawa cinta Illahi itu di luar batasan ilmu, hanya tanda-tandanya sahaja yang dapat dirasai. Di antara tanda-tanda cinta adalah sealu menyambut seruan yang dicintai, kemudian mentaatiNya, melaksanakan segala perintahNya. Di sampig itu, juga melepaskan segala ikatan dirinya dari perbuatan maksiat dan dosa, lalu bergerak menuju Tuhan Yang Maha Esa, agar mencapai darjat yang tinggi.Tanda-tanda lainnya adalah keinginan untuk selalu dekat denganNya, justeru ia selalu merasa rindu padaNya, ingin selalu bermunajat padaNya, bila ia berjauhan ia merasa terseksa.
Cinta mempunyai dua gejala, terkadang ia dalam bentuk kerinduan, terkadang ia datang dalam bentuk keakraban. Kerinduan adalah keinginan hati untuk melihat kekasih, bagaikan api Allah yang dikobarkan pada hati kekasihNya dan para waliNya, sehingga membakar kecemasan dan nafsu yang terpendam didalam hati mereka. Bila seseorang hamba telah mencapai kerinduan, maka ia ingin segera menemui kekasihnya, seakan-akan ingin terbang menemuinya. Bila kerianduan telah memuncak, maka akan menjadi cinta membara, sehingga bila ia mendengar nama kekasihnya disebut, maka bergetarlah jiwanya, sebagaimana firman Allah:‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah orang-orang bila disebut nama Allah, gementar hati mereka, dan bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlan imannya. Dan kepada Tuhannyalah mereka bertawakal. (Surah al-Anfal:2)
Berkaitan dengan masalah ini, Al-Hujwiri menjelaskan bahawa cinta manusia kepada Tuhannya adalah suatu kualiti yang menjelma dalam hati orang beriman dan taat dalam bentuk penghormatan dan pengagungan, sehingga ia berusaha memuaskan yang dicintainya, menjadi tidak sabar dan resah kerana keinginan untuk memandangnya, tidak boleh tenang dengan siapa pun kecuali dengan Dia, dan menjadi akrab dengan mengingatNya (zikir).
(sumber: twilightmoon.blogspot)
No comments:
Post a Comment