Fahami Perangai LELAKI

Lelaki adalah seorang yang gentlemen, punya ego yg tiada batasan, tanggungjawab yang besar dalam keluarga dan pelbagai sifat yang ALLAH berikan kepadanya. Amat berbeza dengan kita sebagai seorang perempuan. Adakalanya kita harus bersabar dan bertindak bijak dalam menangsni & memenangi hati si dia -- LELAKI. Topik hari ini berkisar tentang perangai LELAKI yang merajuk. Semoga dengan tips yang diberikan si isteri dapat memujuk hati suami @ pasangan masing2 ya! (selamat berkasih sayang!)

Tips Memujuk LELAKI yang merajuk:

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

5. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

6. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

7. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.Haaa itulah antara tips or cara-cara nya..tapi yelah, bukan semua orang boleh guna cara yang sama..ada lelaki yang memang nak girlfriend dia pujuk selalu.  Kalau tak pujuk, dia rasa terabai.  Ada yang memang jenis, taknak diganggu.  Nanti kalau dah ok, diorang yang akan cari kita balik. 

(sumber: pinkmerahlembut.blogspot)

1 comment:

  1. hye missydamia,boleh share blog awk ni kat blog saya? Tuyanahyanna.blogspot.com tq :-)

    ReplyDelete