Pertemuan kita

Setiap perjumpaan bukanlah kebetulan, tapi ketentuan Allah. Setiap orang yang kita berjumpa - pasti berpisah pada akhirnya. Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka. Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah - dan ingat Allah tidak pernah melakukan apa yang sia-sia... maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri.
Lihat di sebalik apa yang dapat dipelajari daripada setiap pertemuan. Dengan fikiran sedemikian, maka kita kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya, apalah yang perlu dipersoalkan lagi.
Fikir-fikirkanlah...

(sumber: humairabaharum.blogspot)

No comments:

Post a Comment