Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus - Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang - Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
c. Orang yang alim tapi jahil - Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
Pesanan Buat WanitaWajib bagi wanita:
~ Mengekalkan malu pada suaminya.
~ Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
~ Mengikut kata-kata dan suruhannya.
~ Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
~ Berdiri menyambut kedatangannya.
~ Berdiri menghantar pemergiannya.
~ Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
~ Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
~ Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
~ Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
~ Tiada khianat ketika tiada suaminya.
~ Memuliakan keluarga suaminya.
~ Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
~ Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
~ Semoga pesanan buat wanita yang saya kongsikan di atas dapat menjadikan diri kita lebih baik di sisi Allah.
[sumber: aynoranur.com]
No comments:
Post a Comment