Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali , berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........". ( Surah Taha - Ayat 14 )
Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala yang ketiga daripada tiga..........". ( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 )
Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu". ( Surah Ash. Shaffaat – Ayat 96 )
Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang. Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu : 1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri- solat dan lain-lain kefardhuan. 2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan. 3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain. 4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain. 5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab seksa yang amat berat.
|
No comments:
Post a Comment