Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Sidia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita!ketika kita inginkan doa dimakbulkan dengan cepat... tidak terlambat, sebaliknya Allah dengan kasih sayangNya akan memakbulkan doa itu pada ketika yang TEPAT!
Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa.
a) Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta... terasa kemanisan semasa melakukannya.
b) Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa... terasa kelegaan selepas melakukannya. Sebelum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan. Mujahadah itu awalnya susah... tetapi akhirnya indah!
Ya Allah, kurniakanlah kami sifat ramah mesra, kerendahan diri dan ketulusan budi di alam NYATA... bukan di alam maya. Di kejauhan kelihatan seolah-olah segalanya kerana cintakan Nabi, namun bila didekati... rupa-rupanya hanya kerana kepentingan duniawi. Hasad menjadi lebih buruk, apabila berhujahkan agama!
(sumber: Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
No comments:
Post a Comment