1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.
2~ Hati yang pecah.Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan.
3~ Hati yang tertutup.Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.
4~ Hati yang suci.Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.
Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam
- Banyakkan bertaubat.
- Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
- Jalinkan ukhwah antara manusia.
- Perbanyakkan solat malam.
- Perbanyakkan puasa sunat.
- Banyakkan berzikir.
(sumber: minus-ska.blogspot)
No comments:
Post a Comment