Dalam pergerakan solat tersimpan hikmah dan ilmu kesihatan yang sangat penting dan dapat menghindarkan pelbagai penyakit:
1- Kedudukan Tangan Semasa Membaca Fatihah Apabila membaca al-Fatihah , maka telapak yangan akan mengenggam pergelangan tangan kiri di pusat pusat. Dari segi kesihatan , teknik ini merupakan salah satu cara istirehat yang paling sempurna kerana kedua-dua tangan mempunyai sendi pergelangan tangan , kedua-dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat sekali di waktu ini. Perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi tersebut berjalan balik di mana ia akan melancarkan pergerakkan kedua-dua tangan . Kaedah ini boleh menghindarkan sakit sendi (rheumatik) .
2- Ketika Rukuk Ketika rukuk, kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut di mana punggung dan kepala berada di dalam keadaan selari. Teknik rukuk ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang belakang seperti sakit rusa tulang punggung , ruas tulang tengkuk dan kekejangan otot.
3- Semasa Sujud Semasa sujud , kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama. Keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung di antara satu sama lain lantas menjadi besar dan kuat. Disamping itu, urat-urat pembuluh darah serta limpa akan menjadi teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah ke seluruh anggota badan terutama pada bahagian jantung dan menghindarkan berlakunya pengecutan di pembuluh darah. Semasa sujud juga otot-otot akan menghasilkan tenaga haba yang sangat diperlukan di dalam proses zat-zat makanan seperti zat besi,kalsium , kapur dan banyak lagi. Ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa-sisa kotoran yang asalnya dari zat makanan. Sujud ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak. Selain dari itu juga otot perut dapat berkembang dengan baik dimana ia akan menjadi lurus dan memanjang. Otot ini akan membentuk dinding-dinding perut dan bila ia berinteraksi, maka tekanan dalam rongga perut dapat dibesarkan. Kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis. Bagi ibu-ibu yang hamil pula ia membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Sewaktu sujud ini juga kepala berada pada situasi yang paling rendah. Berlakulah pengaliran darah ke kepala, dalam situasi ini juga anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding dengan keadaan biasa.
4- Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud (Duduk Tahiyat Awal)
Semasa duduk antara dua sujud otot pangkal paha yang mengandungi saraf yang besar terletak di atas kedua-dua tumit kaki. Tumit ini turut dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal. Semasa duduk tahiyat , tumit kita menekan pangkal paha . Kaedah simbolik ini menyebabkan secara automatik saraf pangkal paha terurut atau terpiscit dengan sendirinya. Oleh itu, ia boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit ischias (tidak dapat berjalan).
Begitu besarnya keagungan Allah kerana setiap apa yang diperintahkan ke atas kita terkandung hikmah yang cukup tinggi. Dengan bersolat sahaja pelbagai penyakit dapat dihindarkan. Sebab itulah para sahabat dan orang soleh jarang sekali terkena penyakit yang pelik-pelik sepertimana di zaman moden ini. Mereka mengisi masa yang terluang dengan memperbanyakkan ibadah sunat kepada Allah. Hasilnya mereka berjaya memperolehi kekuatan zahir dan batin berkat selalu bertakarub kepada Allah SWT .
Petikan : Khusyuk Dalam Solat
Muhamad Uqbah An Nafiq
Halaman 9-11
(sumber: mselim3.blogspot)
No comments:
Post a Comment