Indahnya Sang Suria Pagi

As salam sahabat.
Sudah lama menyepikan diri; bukan sengaja untuk melarikan diri tetap memenuhi ruang lingkup masa dengan sesuatu. Tugas seharian di pejabat dan aktiviti sekeliling buat me tidak butuh ruang waktu menulis di sini. Terkadang ada jua niat hati ingin memulakan sesuatu; bercerita tentang apa yang ku baca.. Sesungguhnya masa amat mencemburui kita.
Paparan kali ini di bulan Februari; tentang sebuah buku yang masih lagi belum selesai pembacaannya bertajuk "Tuhan Sedan Menguji Kita" karya Ustaz Kazim Elias. Intipati kisah kehidupan para Sahabat Rasullullah SAW dan kehidupan beliau sendiri menjadi agenda utama; nasihat yang membina serta doa-doa yang kita boleh dijadikan amalan seharian. Sekiranya sahabat ada ke kedai buku berdekatan, boleh dapatkan buku ini dengan harga RM19.90 sahaja. Semoga ilmu yang kita dapat akan dikongsi bersama keluarga dan faedahnya bukan hanya sekarang tetapi jua di masa akan datang.
Saya tertarik dengan nukilan ustax dalam Bab 23: Tanda-tanda Orang Yang Beriman dalam muka surat 203 -- Tanda-tanda seorang Mukmin yang sempurna iman terletak pada manusia yang baik akhlaknya. Itulah aras ukuran yang diletakkan oleh Rasulullah. Ia amat berkait dengan perangai, tatasusila dan kesopanan diri. Akhlak menjadi prasyarat yang penting untuk menunjukkan kita ini manusia terbaik. Namun apabila menyebut mengenai akhlak, ia menuntut agar kita memahami akhlak siapa dan bagaimana yang perlu kita contohi. Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini dan masing-masing mempunyai akhlak tersendiri.
Akhlak itu datang dari 3 cabang iaitu wajah, tutur kata dan menjaga akhlak kita. Akhlak dan wajah berseri-seri itu datangnya dari senyuman. Sentiasalah senyum dan kurangkan air muka yang masam kerana senyum itu sedekah. Jangan hanya berwajah cantij berseri dan senyum sentiasa tetapi maruah diri tidak dijaga sebaiknya, tidak membawa erti juga. Khusus buat insan bernama wanita yang dianugerahkan para wajah yang menawan, hargailah pemberian-NYA dengan penuh rasa syukur. Terjemahkanlah seri wajah dengan nilai-nilai terpuji sebagai seorang hamba yang sentiasa mematuhi segala suruhan dan larangan-NYA.
Sekian sahaja coretan saya kali ini. Semoga Allah mengizinkan saya untuk meneruskan penulisan di lain kali, in shaa Allah.
Wallahualam..
ikhlas dari ♥

No comments:

Post a Comment