Cinta & Takdir Illahi

Cinta itu Allah takdirkan buat semua hamba-hambaNya untuk berkasih kasihan antara satu sama lain. Cinta tidak mampu di paksa ,namun kita punya hak untuk menyintai sesiapa sahaja yang kita inginkan. Cinta juga tak kenal siapa. Walau dipisahkan beribu batu, lain-lain keturunan dan bangsa; andai si dia jodoh kita, pasti bertemu jua melayari bahtera perkahwinan. Sungguh, rasa cinta itu adalah seindah-indah perasaan yang Allah ciptakan buat kita. Saat pertama kali kita jatuh cinta,pesanlah pada diri jangan terlalu menyintai kerana bimbang di kala cinta yang kita dambakan akan meninggalkan kita untuk pergi kepada cinta lain yang lebih tepat untuknya.Pesan juga pada diri supaya tidak terlalu membenci pada orang yang menolak cinta kita,kerana siapa tahu, suatu hari nanti cinta yang pernah menyakitkan itu akan datang semula mencari cinta asalnya yang memang telah di takdirkan untuk bersatu. Dalam lumrah hidup ini,pertemuan itu ada perpisahannya. Permulaan punya akhirnya, indah pasti terasa juga sakitnya.Dan jangan kita sempitkan fikiran apabila kita kehilangan cinta insan orang yang benar-benar kita sayangi saat ini, maka berakhir jualah kegembiraan di hati.
Hanya kerana cinta seorang insan, kita gadaikan seluruh umur hidup kita.Berbaloikah? Siapa tahu kali ini di saat pertama kali mengenal cinta yang tidak menjadi , Allah hanya sekadar menguji kita. Mungkin setelah itu,akan di hantar cinta yang sebenar-benarnya buat kita.Jangan di lupa,kumbang itu bukan seekor. Bunga juga bukan sekuntum. Ya,barangkali ada yang membantah dengan menyatakan bahawa yang patah itu pasti akan tumbuh semula, namun semestinya tidak akan sama, bukan? Tidakkah kita terfikir jika yang tumbuh itu sama sahaja dengan yang pernah patah,bukankah kita akan berasa bosan? Pastinya hidup tidak akan ada kepelbagaian.Begitu juga dengan cinta. Ikhlas hati,lepaskan perasaan itu pergi dengan rela hati bersama-sama dengan pemiliknya. Kerana jika kita benar-benar sayang dan cintakan dia, kita akan membiarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri andai itu mampu memberikan kebahagiaan buat dirinya.
Sesungguhnya,cinta lalu yang pernah menghuni hati adalah pengalaman yang paling indah pernah di rasai. Tak usah sedih,apatah lagi meratap meraung bila cinta yang kita dambakan tidak kesampaian. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. Bersabarlah sedikit sahaja lagi,InsyaAllah akan di kirimkan sang cinta itu buat diri yang lagi kesepian. Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Ada sebab kenapa Allah tidak mentakdirkan cinta ‘dia’ buat kita. Mungkin kerana dia bukanlah yang terbaik buat kita,dan mungkin juga kita bukanlah insan yang bisa membahagiakannya. Juga barangkali di saat ini,Allah sedang mempersiapkan ‘dia’ untuk menjadi seorang pemimpin yang bakal melindungi seumur hidup kita. Kita inginkan jodoh yang terbaik,maka persiapakanlah diri kita sesempurna mungkin. Kerana ”lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik” Fikir-fikirkan siapa, di mana dan bagaimana keadaan kita pada hari ini. Layakkan ‘dia’ untuk kita? Mampukah kita membahagiakannya kelak ? Mulalah untuk bermuhasabah. Ingat,saat kita telah bersedia untuk di cintai,Cinta itu akan hadir dengan sendirinya.Tanpa paksaan,tanpa di sangka.Wallahhuallam .
(sumber: roniehamzan.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment