Tarikh 20 April 2014 yang lepas; genap empat tahun sudah berlalu... Dan selama 4 tahun jugak aku cuba mengharunginya tanpa dia di sisi. Kalau dulu, selang 2 minggu pasti aku sanggup drive @ naik bus balik Johor. Hanya semata-mata kerana dia. Teringat masa awal pindah KL dulu, tiap2 hjg minggu pastinya aku dah tercongok depan mata dia. Ini janji aku, pastinya akan balik jenguk dia dan kalau ada apa2 urgent familia. Dan kadang2 aku sendiri mmg nak balik pun, sebab nak gaduh dgn dia..hehe. Dan akhirnya aku kembali bertugas semula ke Johor, itupun setelah dia tiada. Mungkin doanya semasa akhir2 hayatnya barangkali, dan juga doa mom yang tak pernah putus2 utk anak2nya.
Walaupun kadang2 aku dan dia tak 'sebulu'; tapi hakikatnya kami memang ditakdirkan bersama. Darah yang sama, pertalian yang sentiasa ada sehingga hari akhirat kelak. Perangai kami agak sama, 'like father, like dotter' minat menda yang sama - sports, chess, food, travel, hindi movies, music, motorbike, cars, etc. Tapi aku cuma tak minat 1 je yg dia sgt2 passionate -- politics! (eeyeww, sorry..not interested at all) Dia juga boleh dikategorikan sbg pejuang2 lama yg memperjuangkan negara dan amanah bangsa, katanya... Sejak bujang smpaila akhir hayatnya, tetap aktif berpolitik. Walaupun aku selalu diusung ke sana ke mari dari kecil; jumpa kawan2nya, terbabit dlm occasion politiknya dgn sapa2 tah (malas nak amik port). Tapi tak ada sedetik dalam hati aku ni pun nak berkecimpung dalam politik. Dia pernah tanya sekali kat aku, "Why don't you seriously get involve in youth community and politics?" Jawapan me "i will be your best supporter and accompany you but.. i won't get involved. Sorry, tak minat!" Sampai ke sudah dia tak tanya lagi..huhu. That's what i respect him, tak suka memaksa dan terpulang pada aku sama ada nak ikut minat dia ke tak.
Satu jer yg aku ikut cakap dia, bekerja di sini, tempat kerjaku sekarang. And i never regret it. Walaupun aku tak pernah memohon, sebab dia yg isikan borang senyap2. Teringat masa keje kt KL Julai 1999, tiba2 1 day i got call, "cik boleh datang interview tak hari Khamis ni?....bla...bla" i just said, 'i'll be there.' Terus call him, 'did you apply for me?' he definitely said 'yes i did. Bila interview? nanti abah hantar.' Berkat doa dia dan mom juga #sekongkol, alhamdulillah..aku dpt kerja di sini. Aku lapor diri lewat sebab kena notis sebulan kt tmpt keje lama. Syukur...dan smpai sekarang aku masih lagi di sini. Panjang umur, sampai pencen kot.. in shaa Allah kalau tkde apa2 yg mungkinkan aku 'hijrah' (ayat clishe..huhu).
Apa jugak stori pasal dia, bila teringat.. kdg2 buat aku ketawa sendiri. Masa Tingkatan 1 mula-mula masuk asrama; aku terima permintaannya masuk sekolah tu (walaupun aku tak suka) siap bersyarat »» setiap hari waktu petang, dia mesti datang jumpa me, bawa bersama lauk mom masak. Perjalanan 20minit dari rumah tak jauh baginya. Sanggup dia ulang alik beberapa bulan sampai dia pujuk aku dengan selang 2 hari katanya. Kemudiannya seminggu hanya sekali sesi lawatan..huhu. Anak bapak la katakan...until i went into IPTA, dia cuma datang 3 kali sahaja sepanjang 3 tahun lebih pengajianku. And i change my name; daripada 'adik' kepada 'angah'. Dah besar, segan kalau kawan2 dengar...huhu (tau pulak malu!) Dia sangat encourage aku aktif dalam sukan dan pasukan beruniform. Masa belajar ok kalau serius beruniform, tapi kalau kerja...NO WAY! Dia tak sanggup anaknya jadi askar / polis. Aku pun tak tau kenapa, tiada jawapan. (walaupun lepas grad dulu aku merajuk sbb tk dpt nak apply jadi askar) #kelakar pun ada..
Lately ni (past 4 years) aku lebih banyak menangis. While i wrote this blog pun, ayaq mata dah mengalir...fuh! Rindu mungkin? Dia memang patut dirindui pun, sebab aku sayang dia. Sayang sangat2! Kalau bab bual2 ni, dia lebih banyak mendengar. Kalau bab nasihat, simple je cakapnya. Memang aku takde pilihan pun, wajib ikut apa nasihat dia. 'Hitler' beb! Malas nak dengar dia bebel panjang2; sampai ke sudah tak selesai..#gaduh #degil
Syukur dan aku berterima kasih padamu ya Allah, sebab mendengar doa aku suatu ketika dahulu di Hijir Ismail. Peluang yang diberi utk bersama selama itu jua lah hingga ke nokhtah yang terakhir kalinya; 7 tahun (2003-2010). Munajatku kepada Allah swt, ketika dia jatuh sakit dan dimasukkan ke ICU Ajyad Hospital dan seringkali dibawa rawatan lanjut ke King Abdul Aziz Hospital tanpa pengetahuan aku. Bila ingat balik, betapa kuatnya semangat aku ketika tu, di negara orang, cakap English pun depa tak paham, dgn bahasa Arab aku yg dh byk terlupa, mana pulak nak tenteramkan hati mom yang gundah gulana dan 3 orang atok bersama dan paklong & maklong. Subhanallah...Allahuakbar. Zikirku sepanjang hari. Ibadahku di bumi anbiya', di tanah haram walaupun sesingkat cuma, syukur alhamdulillah. Akhirnya aku sampai ke sana, bersama2 dia dan org2 kesayanganku. Andai bisa ku putar kembali masa, aku akan pilih ketika ini di bumi Makkah. Ketika bersama-samanya dan almarhum 3 atok kesayanganku. In shaa Allah satu hari nanti aku akan kembali, bersama mom dan si dia tersayang (mungkin?) membawa jua memori yg tak pernah luput..selama-lamanya.
Ayat-ayat terakhirnya sebelum dia koma, senyuman dan tawanya, sentiasa ku ingat. Biarlah aku simpan jadi kenangan paling indah dalam hidupku. Perginya seorang wira bangsa, lelaki yang ku sanjung, ku hormati, yang tak pernah putus asa menyayangiku dan memarahiku (sebab aku degil, like him!). Terlalu banyak yang aku belajar tentang kehidupan dengannya. Pengorbanannya kpd keluarga dan jua masyarakat amnya. He's my one and only hero..my DAD. i will always miss u, forever. Doa selalu, semoga rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa bersamamu...amin ya robb. ila arwahi Haji Hashim bin Haji Omar, al-fatihah...
● Nukilan jiwa ~ ikhlas dari ♥
Kisah Aku Dan Dia..Heroku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment