Kisah aku, kereta dan hospital - Part 1

Assalammualaikum Jumaat 30 Rejab 1435H;
Jam menunjukkan pukul 3 pagi...mata ini masih belum mengantuk. Barangkali sebab dah terlelap tadi kemudian disirami air wuduk buat mataku semakin segar. Usai bacaan surah Al-Kahfi; fikiran melayang dan mata terkebil-kebil memandang siling sambil berzikir. Risaukah? mungkin... Terlalu banyak perkara di benak fikiranku. Dua hari lagi aku disarankan doktor untuk 'menginap' di hospital bagi mendapatkan ujian MRI. Memandangkan untuk mengelak dari beratur lama (sepatutnya appointment on October 2014) almaklumlah hospital kerajaan, tiada jalan penyelesaian melainkan warded. Sebenarnya aku disahkan oleh doktor 3 bulan yang lalu menghidapi sakit belakang »» Spondylolisthesis (pergerakan tulang belakang S1 himpit saraf kaki kanan; akibat exercise terlampau, diet kurang minum air, aktiviti mountaineering & sports). Tulang belakang yang retak dan menghempap saraf dan mengakibatkan kaki kananku rasa kebas sentiasa). Setelah melalui usaha perubatan (ubat tahan sakit) dan terapi senaman (fisioterapi); tiada juga perubahan. Sesi urutan ceragem sekadar meredakan sakitku. Pernah mencuba alat TENS (aliran elektrik ke otot dan saraf), kaki tersangat sakit dan menyukarkan pergerakan (terpaksa menggunakan wheelchair). Ujian apakah lagi yang Allah swt berikan padaku? (Hanya hamba-Nya yang layak dan mampu melalui; sudah pasti dugaan itu akan kerapkali mendatang. Sabarlah hati..) Sentiasa berfikir positif, aku redha dan tabah melaluinya. Mungkin Allah beri kesempatan ini untuk aku fokus pada diriku supaya bertaubat dan kembali beribadah kepada-Mu ya Allah. Alhamdulillah, bersyukur atas hidayah-Mu ini. Aku sedar, aku terlalu leka dengan kehidupan duniawi. Sudah tiba masanya sebelum terlewat (rohku berpisah dari jasad), muhasabah dan istiqomah kepada Allah. Cukup-cukuplah setakat ini; berhenti melakukan dosa. Istighfar dan berzikirlah... Astaghfirullah, Allahuakbar, Subhanallah...kerdilnya aku sebagai hamba-Nya. Sombongnya aku selama ini, peluang sudah diberi tetapi aku terus hanyut dalam kehidupanku. Ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah.. (feeling so sad).

Ini adalah kisahku dan hospital; mungkin ada sedikit perasaan fobia dan keraguan. Tetapi aku tahu, doktor akan berusaha yang terbaik untuk bantu pesakitnya kembali sihat.

Kisah 1: Tahun 2001/2002 (sudah terlupa) ketika aku dan rakan-rakan sepejabat mengadakan bengkel di Hotel Guoman, Port Dickson, aku dilanda sakit perut dan cirit birit yang kronik (perut tak tahan dengan makanan hotel barangkali). Rakan sebilikku Rabiyatul tidak sedar walaupun ku kejut berulang kali (rupa-rupanya dia makan ubat tidur bagi melegakan kemurungan dirinya). Aku sampai merangkak ke bilik air berulang kali. Cirit birit dan muntah pun rasanya air sahaja yang keluar. Telefon rakan-rakan urisetia lain di bilik sebelah pun tiada jawapan. Aduhai..sabar je! (menangis) Selepas membersihkan diri aku berdoa semoga Allah membantuku dan ambil keputusan untuk terus memandu ke hospital Port Dickson (i love driving before, outstation sana sini suka bawa keretaku sendiri. Mudah bawa barang-barang urusetia katanya). Dalam perjalanan bertembung dgn sekatan polis dan mereka bertanyakan arah tujuanku (masih ingat lagi perbualan kami).
Polis: 'Cik dari mana ni? dan nak ke mana jam 3 pagi ni?'
Aku: 'Guoman. Nak pegi hospital.' jawab acuh tak acuh
Polis: 'cik dah salah ni, tak pakai seatbelt. Bahaya.' direnungnya wajahku 'Siapa yang sakit?'
Aku: 'saya' muka berkerut menahan sakit.
Polis: 'lar..ye ke? tau hospital arah mana?'
Aku: 'tak'
Polis: 'cik ikut kami, biar pegawai kami yang hantar'
Aku: 'takpe, saya ok.' ujarku degil
Polis: 'muka cik dah pucat ni. Biar kami yang hantar.'
Aku: 'taknak... kereta saya?' muka sedih
Polis: 'kami hantar. Cik duduk sebelah ya' sambil buka pintu.
Aku terdiam dan dipapah bangun ke kerusi sebelah dan pejam mata (tak larat dah..). Kedengaran arahan dari polis tadi dan beberapa suara lain. Bila pintu driver ditutup, aku sempat buka mata dan lihat anggota polis yang agak hemsem jugak la tersenyum memandangku. 'Cik sabar ya, kita ke hospital sekarang'. Ku pandang depan, patrol car dah dinyalakan lampu dan siren bergema memecah kesunyian pagi. Keretaku dipandu laju mengekori patrol car tersebut. Sesekali ku buka mata dan bercakap dalam hati 'Teror jugak abg polis ni layan keta racing me'. Dia sempat tanya aku datang P.D atas urusan apa. Aku cuma jawab 'kerja'. Bila dia tengok keadaan me, dia kembali fokus memandu laju.  Tak lama kemudian kereta diberhentikan betul-betul di depan pintu kecemasan hospital. Aku sangat lemah dan dipapah oleh abg polis dan medik ke atas stroller dan baring menahan perut yang sakit. Aku hulurkan beg tanganku kepada abang polis tersebut; dia paham. Selepas tu aku dibawa ke dalam bilik kecemasan; lampu sangat terang buatku pejam kembali mata. Bagai dibuai mimpi dalam keadaan separuh sedar, aku rasa tangan ku dihimpit mesin b.p dan kemudiannya dicucuk jarum. Doktor menekan-nekan perutku. Diambilnya darah dan dimasukkan ubat. Aku dah malas nak fikir apa, diam jer la diperlakukan macam-macam. Kedengaran suara-suara orang bercakap yang berbalam-balam kemudian hilang. Aku sedar semula bila doktor memanggil namaku. Bertanyakan aku sakit apa..aku sempat jawab 'sakit perut, muntah, cirit birit kronik dah 4 jam'. Mata ku pejam semula, dengar suara abang polis bercakap-cakap dengan doktor. Ku buka mata dan pandang dia. Senyum datang dekat dengan me 'cik sabar ya. Ada siapa-siapa yang kami boleh tolong telefon?' aku geleng. 'dah call, kawan-kawan tak angkat'. Abang polis tu senyum lagi 'ini kunci kereta dan handbag cik. kereta saya parking kat bawah. Cik berehatlah.' 'Terima kasih' jawabku. Ku pejamkan mata dan tertidur. Tersedar sebab lampu terang dan terpandangkan jam hampir 5.45pagi. Meraba-raba dalam handbag mencari telefon. Dial dua kali dan akhirnya berjawab 'Helo aris. Akak kat wad kecemasan hospital ni.' 'kenapa?'suara terperanjat. 'sakit perut' 'ok. nanti saya datang' 'bye'jawabku lemah. Lega hati bila ada yang dah tau aku kat hospital. Aku cuba bangun hendak ke bilik air. Nurse datang bantu dan menolakku dengan wheelchair. Dia setia menungguku di luar. Kembali ke atas katil dan terpejam semula. Aku sedar bila dengar suara orang bercakap-cakap. Bilaku buka mata nampak kawan-kawan urusetia 4 orang. Adawiyah menangis teresak-esak mohon maaf tak sedar aku mengejutkannya. Aku senyum je dan sambil hulurkan kunci, 'tolong bawak keta balik hotel.' Kemudian aku berceritalah apa yang berlaku tengah malam sampai abang polis hantarku ke hospital. Hampir jam 7.30pagi mereka mohon diri balik ke hotel semula (sesi pagi bengkel). Aku kembali tertidur dan aku sedar balik bila rasa ada tangan memegang dan mengusap kepalaku berulang kali. Ku buka mata nampak boss dan 2 orang pegawai lain di hujung katilku memandang sambil bercakap-cakap perlahan. Berdiri sebelahku kasih seorang bapa angkatku (walaupun beliau berpangkat besar, sentiasa anggapku sebagai anaknya sehingga sekarang) 'rasa segar dah?' tanyanya loghat kelantan. Aku angguk je kepala. Boss me bersuara 'awak rehat. tak payah pikir pasal kerja. nanti diaorang yang uruskan'. 'Bengkel takde ke pagi ni?' tanyaku 'kami start lambat sikit, dapat tau dari aris terus ke sini.' jawab pegawai lain. 'nak balik....' kataku sedih 'Dahlah..jangan degil. Kamu tidur dan rehat. Nanti dah sihat baru balik hotel' jawab bapa angkatku. Aku diamkan diri memerhatikan diaorang. Mereka bercakap sesama sendiri dan tak lama kemudian beredar meninggalkanku. Tak pasti berapa botol air yang dah masuk dalam badan me, ubat yang dicucuk, rasa badan kembali stabil walaupun lemah sedikit. Aku tertidur semula dan dikejutkan doktor. Ku pandang jam hampir tengahari. Baru sedar dan terasa lama betul aku di wad kecemasan; rimas melanda bila suasana semakin sibuk. Doktor syorkan aku segera masuk wad dan diberikan rawatan lanjut. Aku disahkan keracunan makanan. Aku bertegas taknak warded. Alasan ada urusan kerja penting dan lebih selesa berehat di hotel. Doktor beri borang untuk ku isi dan ambil ubat. Tengahari tu jugak aku dijemput pulang ke hotel dan berehat. Lega rasanya.. Makanan dibawa ke bilik oleh pihak hotel, bubur kosong dan beberapa biji buns. Aku terpaksa skip juga sesi petang. Hampir jam 6pm Dr Siti datang melawat me dan berbual-bual. Selesai maghrib dan makan malam ku gagahkan kaki ke sesi malam bengkel. Semua yang terlibat mendoakan me cepat sembuh. Sehinggalah keesokkan petang aku drive balik ke JB dalam keadaan badan yang agak lemah ditemani Adawiyah.
Kisah yang tak dapat ku lupakan sampai bila-bila. Pengalaman pertamaku jatuh sakit dan dimasukkan ke wad kecemasan. Tak sanggup rasanya bila diingat kembali keadaan sakitku masa tu. Sejak dari hari itu aku lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan terutamanya di hotel-hotel dan warung tepi jalan. Semoga pengalaman ini dijadikan iktibar dan sekadar perkongsian salah satu kisah kehidupan ku bersama.
Wallahualam. Kisah berikutnya selepas ini...
~nukilan jiwa, ikhlas dari ♡

10 Tanda Jodoh Berdua

Firman Allah SWT, bermaksud:
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.

Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
(sumber: iluvislam.com)

Doa Ibubapa, Hidup Bahagia

Hati Yang Tenang

Kusut di fikiran...
Sentiasa memikirkan tindakan dan perangai manusia. Adakalanya mengganggu kehidupan harmonis ini. Andai bisa ku undurkan masa dan menjerit mengatakan "Stop accusing me with those fitnah!!"pasti semuanya akan baik pengakhiranya. Apakan daya; kita manusia bukannya malaikat. Pasti akan tercalar jiwa, sakit hati dan fenomena GOSSIP hangat akan sampai ke seantero dunia. Aku hanya mampu berdoa... Semoga Allah beri ketenangan hati dalam melalui liku-liku kehidupan.
Being single lady is not as simple like making salad. Ujian demi ujian bakal melanda...doa dan teruskan berdoa. Allah sentiasa bersama kita. Sentiasa mensyukuri nikmat serta rahmat Allah SWT; be posituve dan muhasabah diri. Berbuat baik sesama manusia dan makhluk lain di muka bumi. Hidup berkasih sayang sesama sahabat dan keluarga; ungkapkan perkataan "i ♡ u" selalu. Pastinya kebahagiaan menanti kita... Yakin, usaha dan tawakal.
~nukilan jiwa; ikhlas dari ♥

Seek Allah & Thankful

I keep on talking to myself; is it enough of what i'm doing for seeking Allah blessings? Pray 5 times a day, extra ibadah (solat sunat), doa, zikirullah, lots of sadaqah, helping others, doing something in the name of Allah, etc is part of Muslim life. What i'm afraid is problems occurred and i've been tested one by one as days goes by. Living with people in the world of lies, high technology impact, high mind thinking, up & down level of patience just made me sad and hopeless. After what i did, am i still in wrong way seek for Allah? I just continue, do extra ibadah and be part of this life. So grateful and thankful for this chance of living by Allah swt, hopely happiness indeed and i gain peaceful in my heart forever. Thanks Allah..for everythings.
Wallahualam.
~nukilan jiwa ♡

Peace & Love

Selamat Hari GURU

Terima kasih semua Cikgu/Guru/Ustaz/Ustazah/Pensyarah yang ikhlas memberi ilmu pengetahuan dan membimbingku (seawal umur 4 tahun di tadika Felda Bukit Batu, Kulai Johor hingga umurku 32 tahun Ijazah di UTMJB). Cuba menyambung kembali pengajian yang terhenti dan meneruskan usaha perbaiki diri di masa hadapan. Hadiah untuk Cikgu.
Hari ini aku lebih banyak mengenangkan almarhum dan almarhumah Cikgu yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Jasa kalian sentiasa dikenang dan dihargai selalu. Nasihat, tunjuk ajar, kasih sayang dan doa kalian menjadikan aku insan yang sempurna. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa bersama kalian. in shaaAllah. Al-fatihah..
¤nukilan Jiwa ♡

Erti Sebuah Penghargaan Suami & Isteri

Menghargai lelaki ialah dengan membiarkan lelaki menjadi lelaki sejati, bukan dengan cara kita perempuan memanjakan perempuan.

Jangan angkat barang berat, jangan repair apa-apa kerosakan teknikal, jangan spend our own money for him. Apa juga kerja lelaki, let them do it for us.

Just let them know apa yang rosak, tak perlu sampai arahkan apa yang perlu dibetulkan. They are Mr. Fix It. Serahkan aje.

Jika makan di luar, biarkan mereka bayar. Namun, ia tidaklah bermaksud perlu jadi pisau cukur. Jangan tunjuk kita kaya & serba mampu.

I was wrong before, thinking & acting that I am tough enough. Hinggalah Allah tarik upaya kekuatan berdiri atas kaki sendiri, then I realize "please treat me like a princess of Jordan". haha! A tough girl, but weakest one.

Satu part lain, ia satu kesalahan bila perempuan mencari equal right between men and women. Jika perempuan berkeras menjadi segagah lelaki, later on sifat kelelakian lelaki akan sirna, dunia akan terbalik.

Kerana perempuan manjakan lelaki treat like a perempuan,it will result in:

1. Kita dah cabar peraturan sunnatullah - perempuan patut di rumah, lelaki membanting tulang di luar.

Long term effect, it will ruin natural ecosystem of human being.Maka muncul lah sura rumah 365 a year, not working outside at all.

2. Dulu pernah baca pasal "quality sperm lelaki drop due to asik memerap (tak keluar) di rumah not doing things outside" dan perempuan possible tumbuh muscles berketul-ketul? That is horrible!

Ingat: segagah se-tough lelaki mana pun, mereka tak mampu tahan dengan rasa sakit bersalin. The most powerful super sayya level belongs to women. Tak perlu show off, Allah proves it, dunia admit it.

Quoting one ayat from a book I've read:
"kekuatan wanita bukan terletak kepada kemampuan wanita buat semua perkara, tetapi kerana wanita itu seorang wanita, then lelaki sanggup lakukan apa saja."


Below I put some points for us to ponder,

Lelaki akhir zaman sudah hilang qawwamah.

Sebab itu para wanita keluar rumah berbondong-bondong mencari kerja, sanggup tinggal anak-anak dan rumahtangga kemudian ditempat kerja isteri-isteri mereka bergaul mesra dengan lelaki-lelaki asing tanpa batas.

Inilah antara sebab masyarakat hari ni sudah hampir tidak berjiwa.

Yang lebih dahsyat, para lelaki lepas tangan tidak memberi nafkah kepada isteri kerana isteri sudah ada duit sendiri.

Yang Isteri pula kerana cinta sejati kononnya pada suami sanggup manjakan suami dengan hartanya. Isteri walau berharta pun suami tetap wajib beri nafkah. Itulah harga diri dan kemuliaan dalam nilai qawwamah yang Allah kurniakan pada orang lelaki.


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, (al-Taubah : 34)

Wahai lelaki, perkahwinan bukan untuk berseronok-seronok semata-mata.
Ada tanggungjawab dan amanah. Maruah isteri adalah amanah kalian. Aurat isteri juga aurat kalian. Harta kamu sebahagiannya adalah nafkah untuk anak isteri.

Jangan makan harta isteri tanpa disedari walapun tidak nafikan hidup suami isteri biarlah berlebih kurang tapi kalian selalu lupa dan mengambil kesempatan sehingga qawwamah itu semakin terhakis akhirnya.

[perkongsian fb ustazah Nafisah Tahir]

Mizz Nina The Deen Show #Hijrah #Hijab

Fakta Tentang Wanita yang Lelaki WAJIB tahu

1. Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni..

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi..

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis..
        Gadis A : Comel la awak ni
        Gadis B : Tak lah awak lagi lah cantik dari tittew *ala2 manja
           Gadis A : Yeke thanx, tapi kita rasa awak pakai apa pun nampak sweet dear..
        Gadis B : You more sweet la syg..
See kami memang begini..hihihii...

5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik.. *diet

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka  samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai.

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat..

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan  kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal.

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula..

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta.

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu.

14. Perempuan bila  melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka.

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat.(pasangan muhrim sahaja ya)

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat. 
                 gf : Awak tau tak saya suka dekat teddy bear (sambil pandang dekat teddy bear dekat kedai)
             bf : biasa je..
             gf : comel :) *dalam hati ( saya nak suruh awak belikan teddy tu lah!!! :') )     

17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja.

18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik.

19. Perempuan  suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.
Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun..Risau tak sudah.

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan.

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu.. :)

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang.

24. Air mata adalah senjata wanita.

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu.

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah..cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2.

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak.

29. Walaupun busy mana tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih. 

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu,Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti.
[sumber: Blogger]

Dialog Pagi dengan Allah swt